Pergantungan tiga perlawanan Ligue 1 yang diterima penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe selepas layangan kad merah pertama sepanjang karier beliau dikekalkan oleh FFF.
Mbappe sebelum ini dipersalahkan kerana bertindak menolak pemain tengah Nimes, Teji Savanier.
Penyerang berusia 19 tahun itu diarahkan keluar padang dalam kemenangan 4-2 ke atas Nimes di arena lawan pada 1 September lalu.
Walaupun tampil memohon maaf atas tindakan tersebut kepada penyokong PSG, Mbappe berkata beliau tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama jika senario tersebut berlaku lagi.
Komen oleh Mbappe itu mungkin menyebabkan FFF berfikir kembali untuk meringankan hukuman pergantungan pemain tersebut setelah melakukan semakan setelah menerima rayuan daripada kedua-dua pemain.
Keputusan akhir ini bermakna Mbappe harus menghabiskan tempoh pergantungan tiga perlawanan, manakala Savenier diberikan pergantungan empat perlawanan atas kekasaran terhadap penyerang Perancis itu yang mencetuskan kemarahan Mbappe.
Bagaimanapun Savenier harus menjalani tambahan satu pergantungan disebabkan kesalahan berulang.
Sumber daripada ESPN menngatakan Savenier membuat rayuan kepada FFF sebelum ini, dan FFF melakukan kajian semula terhadap hukuman pemain tersebut pada minggu lalu.
Manakala Mbappe turut bertindak sedemikian pada Jumaat lalu, dan akhirnya keputusan berkaitan insiden tersebut diputuskan pada Isnin.
Layangan terus kad merah bermakna pergantungan automatik satu perlawanan di Ligue 1. Mbappe sudah tidak beraksi ketika PSG menewaskan St. Etiene 4-0, manakala Savanier turut terlepas perlawanan Nimes menentang Bordeaux.
Mbappe juga tidak beraksi untuk PSG mennetang Rennes dan Savanier turut terlepas aksi menentang Monaco pada hujung minggu lalu.
Kedua-dua pemain akan menjalani hukuman dalam satu lagi perlawanan pada pertengahan minggu ini.
Mbappe hanya akan kembali beraksi menentang Nice pada hujung minggu ini, tetapi Savanier harus menunggu sehinnga perlawanan menentang Lyon pada Oktober nanti untuk kembali beraksi.