FFF Gantung Mbappe, Teruskan Siasatan Terhadap Neymar

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe telah diberi hukuman gantung tiga perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) akibat layangan kad merah yang diterima oleh pemain itu di perlawanan akhir Coupe de France menentang Renes.

FFF turut mengesahkan siasatan susulan turut dilakukan terhadap Neymar, yang terlibat dengan insiden melibatkan penonton yang hadir ke stadium.

Mbappe menerima arahan keluar padang akibat terjahan keras ke atas Damien Da Silva dalam perlawanan yang menyaksikan PSG ditewaskan oleh Renes 6-5 melalui penentuan sepakan penalti. Keputusan perlawanan selepas tamat masa tambahan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada minggu lalu.

PARIS, FRANCE – APRIL 27: Kylian Mbappe #7 of Paris Saint-Germain gets a red card after fouling on Damien Da Silva #3 of Stade Rennais FC during the Coupe de France Final match between Stade Rennais and Paris Saint-Germain at Stade de France on April 27, 2019 in Paris, France. (Photo by Catherine Steenkeste/Getty Images)

Beliau sudah pun menjalani hukuman gantung satu dari tiga perlawanan tersebut ketika PSG tewas kepada Montpellier pada minggu ini, dan turut akan terlepas perlawanan menentang Nice dan Angers.

Mbappe bagaimanapun dijangka akan kembali memperkuatkan PSG dalam perlawanan menentang Dijon dan Reims.

Neymar yang dilihat melemparkan tumbukan ke arah tempat duduk penonton ketika sedang berjalan ke arah tempat penyampaian medal pula boleh berhadapan dengan hukuman gantung sehingga lapan perlawanan. Keputusan mengenai hukuman tersebut dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan.

PSG dilaporkan akan mempertahankan tindakan pemain antarabangsa Brazil itu da Ketua Komunikas kelab, Jean-Martial Ribes turut mendakwa pihak keselamatan sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap insiden di Stade de France itu.

PSG have already started to prepare a defence for the Brazil international, and communications chief Jean-Martial Ribes told Globo that Stade de France security personnel should not have allowed the incident to happen.

“Ia adalah ruangan untuk menerima hadiah, untuk meraikan pemain kedua-dua pasukan dan bukan untuk perkara sebaliknya.

“Jelas sekali kawalan keselamatan amat lemah dari pihak penganjur. Kami akan berbincang dengan pihak FFF untuk tidak membenarkan individu tersebut hadir ke stadium di Perancis.”

Sementara itu, wartawan Canal+ dikritik oleh penyokong Neymar dan PSG selepas beliau melabel pemain itu berlagak samseng.

Perkara itu selepas Menes mempersoalkan tindakan Neymar di media sosial dan tertanya-tanya mengapa pemain PSG yang lain tidak mempunyai masalah dengan sikap penonton yang hadir.

Tindakan Neymar itu turut mendapat kritikan dari rakan sepasukan, Dani Alves dan Marquinhos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN