Ketua Jurulatih Feyenoord, Dick Advocaat bersetuju untuk terus bersama pasukan Belanda itu selepas menandatangani kontrak lanjutan untuk semusim lagi sekalipun telah berusia 72 tahun.
Advocaat sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau masih belum memutuskan masa depannya bersama kelab tersebut sebelum penggantungan semua perlawanan di Belanda ekoran pendemik Covid-19.
Beliau sebelum ini mengambil alih jawatan pengurus daripada Jaap Stam yang meletakkan jawatannya pada Oktober lepas susulan daripada kekalahan memalukan 4-0 kepada Ajax Armsterdam dan meletakkan Feyenoord di kedudukan pertengahan tangga liga Eredivisie.
El Feyenoord renueva al entrenador Dick Advocaat una temporada más https://t.co/svhQI2GxoN pic.twitter.com/XXYvCIn93j
— IUSPORT (@iusport) April 21, 2020
Dalam masa yang singkat, Advocaat kemudian berjaya mengubah nasib pasukan tersebut yang membuktikan reputasinya sebagai jurulatih berpengalaman dengan Feyenoord hanya tewas sekali sahaja dalam 21 perlawanan sejak beliau mengambil alih.
“Sudah tentu ia perasaan yang agak janggal, tetapi saya gembira kontrak saya disambung bersama kelab yang hebat ini,” kata Advocaat dalam kenyataan rasmi kelabnya.
“Semestinya dalam tempoh beberapa minggu [selepas dilantik], saya menyedari betapa saya cintakan kerjaya ini dan betapa saya rindukan untuk menjadi jurulatih.
“Sekarang sudah banyak perkara yang bertambah baiik dalam pasukan ini. Saya akan terus memberikan komitmen selagi mana kelab ini mahukan.”
𝐘𝐨𝐮’𝐥𝐥 𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐖𝐚𝐥𝐤 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞 📻 𝕏 🏟
— Feyenoord Rotterdam (@Feyenoord) March 20, 2020
𝙇𝙚𝙚 𝙛𝙩. 𝙝𝙚𝙩 𝙡𝙚𝙜𝙞𝙤𝙚𝙣. #neverwalkalone | #Feyenoord pic.twitter.com/e2Qti9s4X3
Feyenoord kini telah menduduki tangga ketiga liga dengan 50 mata daripada 25 perlawanan dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Ajax.
Dengan pengalaman selaku pengurus atau jurulatih selama 40 tahun, reputasi Advocaat tidak perlu lagi dipersoalkan. Beliau pernah membimbing skuad kebangsaan Belanda sebanyak tiga kali dan beberapa kelab Belanda lain seperti PSV Eindhoven, AZ Alkmaar dan FC Utrecht.