Feroz Baharudin Antara Bintang Paling ‘Underrated’ Di Pentas Final Piala FA

Nama Feroz Baharudin mungkin bukan paling popular pada aksi final baru ini di pentas Piala FA 2024/2025 ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Selangor menerusi keputusan 6-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pada aksi tersebut, JDT membawa imej selaku pasukan pilihan untuk menjuarainya menerusi kualiti permainan cukup menyakinkan sejak wisel ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Enam gol berjaya dihasilkan JDT pada aksi tersebut melalui jaringan hatrik daripada Juan Muniz Gallego, Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva dan Heberty Fernandes cukup untuk mengesahkan kejayaan berturut-turut mereka di saingan tersebut.

Tatkala ramai memberi pujian penuh atas jaringan hatrik Juan Muniz serta kepada barisan pemain lain, nama Feroz antara wajar dijulang oleh para penyokong kelab tersebut.

Menjadi salah satu produk kebanggaan dilahirkan oleh JDT, jelas pemain berusia 24 tahun itu kini tampil lebih matang di atas padang selaku tonggak penting buat pertahanan Harimau Selatan.

Untuk musim ini sahaja, Feroz menjadi antara pemain kepercayaan Hector Bidoglio untuk mengisi kesebelasan utama selaku benteng kebal pasukan tersebut.

Tatkala JDT memiliki lebih ramai pemain pertahanan berpengalaman lain, Bidoglio menaruh kepercayaan penuh buat Feroz untuk mengisi posisi utama termasuk di pentas final Piala FA 2024/2025.

Musim ini sahaja menyaksikan Feroz sudah pun diberi peluang beraksi sebanyak 11 perlawanan di pentas domestik serta turut merekodkan tiga jaringan walau beraksi selaku pertahanan.

Untuk aksi semalam, Feroz boleh dianggap pemain paling ‘underrated’ buat JDT selepas disiplin dan keupayaan ditampilkan oleh beliau memastikan benteng Harimau Selatan kebal dan hanya dibolosi satu gol.

Lebih menarik, Feroz membuktikan anak tempatan sebenarnya mampu beraksi dengan baik di posisi pertahanan tengah untuk mengekang asakan hebat daripada penyerang import lawan.

Buktinya, pemain import Selangor seperti Alvin Fortes serta Ronnie Fernandez menemui jalan buntu ketika menghadapi Feroz secara bersemuka satu lawan satu.

Walaupun ada sedikit kontroversi dicipta Feroz pada babak kedua ketika pertembungan beliau bersama Ronnie, secara keseluruhan aksi pemain ini wajar menerima pujian penuh daripada seluruh penyokong JDT.

Gandingan beliau bersama Shane Lowry sudah tentu akan dikenang sehingga bila-bila kerana jasa mereka memastikan Syihan tidak begitu menghadapi kesukaran untuk berdepan serangan Selangor di SNBJ.

Pandangan anda mengenai permata Malaysia ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN