Fernando Santos Masih Anggap Cristiano Ronaldo Pemain Penting Portugal

Kali terakhir Cristiano Ronaldo beraksi untuk Portugal adalah ketika membantu pasukan itu menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia pada musim panas yang lalu.

Selepas kejohanan berakhir, bintang Juventus itu sehingga kini belum pernah hadir untuk memperkuatkan pasukan Portugal. Ronaldo, 33, dilaporkan ingin memberi tumpuan sepenuhnya bersama kelab barunya di Itali.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 15: Cristiano Ronaldo of Portugal celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Spain at Fisht Stadium on June 15, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)
Portugal cemerlang walau tanpa Ronaldo

Keputusan Ronaldo itu pada awalnya diramal bakal memberi impak kepada Portugal, Bagaimanapun selepas menghadapi lima perlawanan berturut-turut, Selecao telah berjaya menunjukkan keputusan yang positif.

Portugal yang dibimbing oleh Fernando Santos menjadi negara pertama yang berjaya layak ke peringkat separuh akhir kejohanan UEFA Nations League.

Ini jelas membuktikan pemain-pemain lain masih mampu untuk membawa Portugal bersaing hebat di pentas antarabangsa tanpa hanya mengharapkan bantuan sepenuhnya dari Ronaldo.

Ronaldo tetap sebahagian dari Portugal

Namun, ianya belum cukup bagi Santos untuk terus melupakan khidmat Ronaldo bersama Portugal. Bagi Santos, beliau masih mengharapkan pemenang lima kali gelaran Ballon d’Or itu menjadi sebahagian dari pemain penting dalam skuad.

“Tidak ada keraguan. Ronaldo masih merupakan pemain penting untuk Portugal. Apabila anda semua masih ragu dengan kemampuannya, saya sememangnya tidak faham itu.”

“Saya tidak mempunyai keraguan bahawa Cristiano Ronaldo masih merupakan sebahagian dan pemain penting skuad Portugal,” ujar Santos dipetik dari Four Four Two.

Ronaldo merupakan ketua pasukan Portugal dan sehingga kini telah berjaya menjaringkan 85 gol dari 154 penampilan bersama negaranya. Beliau juga adalah tulang belakang utama pasukan ketika membantu Portugal menjuarai kejohananan Euro 2016 di Perancis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN