Fernando Marquez Dijangka Bakal Perkuatkan Jentera Serangan JDT

Fernando Marquez

Pendahulu unifi Liga Super Malaysia 2018, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan bakal membawa masuk penyerang import baharu dari Argentina, Fernando Marquez.

Fernando Marquez merupakan pemain kelab Belgrano yang dipinjamkan ke Defensa y Justicia.

Defensa y Justicia kini berada di tangga ke-9 dalam saingan Superliga Argentina yang merupakan liga utama negara latin itu.

Pada hari Selasa lalu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi gambaran bahawa dua pemain import baharu, Harry Novillo dan Jorge Santos Silva berdepan kemungkinan disingkirkan selepas gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tiga perlawanan awal mereka.

”Kami telah memilih dua orang pemain asing yang saya percaya tidak lebih baik daripada pemain tempatan.”

”Saya telah berkata sebelum ini kita mahu berbelanja mewah dan membazirkan wang. Kini seolah-olah kita memang perlu berbelanja mewah.”

”Walaupun selepas menandatangani pemain untuk nilai berjuta-juta ringgit, jika saya melihat pemain-pemain itu tidak beraksi dengan baik selepas beberapa perlawanan, mereka boleh pergi dan saya akan mencari pengganti buat JDT.”

”Ini tidak pernah berlaku dalam bola sepak Malaysia tetapi ini adalah JDT,” jelas TMJ.

Untuk makluman, Fernando bukanlah calang-calang pemain kerana beliau merupakan penjaring kelima terbanyak liga setakat ini setelah menjaringkan 10 gol.

Sekiranya kehadiran Fernando Marquez berjaya dimuktamadkan, beliau mungkin dapat menjadi jawapan kepada pencarian peledak berbisa selepas JDT kehilangan khidmat Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa.

Skuad bimbingan Raul Longhi itu akan menanti kunjungan pencabar di tempat kedua, Perak pada Sabtu ini dalam usaha terus menjarakkan kedudukan.

Juara Liga Super empat tahun berturut-turut itu sedang mengintai kejuaraan kelima sekaligus dapat melayakkan diri secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2019.

Jendela perpindahan kedua bagi saingan Liga Malaysia dijadualkan akan ditutup pada 3 Jun 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN