Fernando Forestieri Penyerang Paling Tajam, Faisal Halim Bintang Tempatan Terampuh Depan Gol

Fernando Forestieri

Selepas tamatnya saingan pusingan pertama Liga Super, kita dapat saksikan kedudukan kesemua 14 pasukan bertanding selepas beradu tenaga sesama mereka.

Seperti dijangka dan tiada kejutan, Johor Darul Ta’zim (JDT) unggul di kedudukan teratas carta Liga Super dengan mencatatkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan.

Lebih menarik, mereka mengharungi pusingan pertama Liga Super tanpa sebarang keciciran mata apabila Harimau Selatan berjaya menewaskan semua pasukan dalam liga.

Lebih hebat apabila mereka hanya bolos satu gol sahaja dan itu hadir ketika mereka bertemu Kelantan.

Rekod cemerlang di bahagian pertahanan disumbang dengan ketajaman di depan pintu gol dan carta penjaring terbanyak membuktikan perkara tersebut.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Daripada 10 penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, tiga daripadanya adalah pemain JDT dengan Fernando Forestieri, Bergson da Silva dan Arif Aiman berada dalam senarai.

Forestieri menghasilkan 14 gol sambil Bergson mengekori rapat dengan lapan gol diikuti dengan Arif (5 gol).

14 gol daripada 13 lawan dihadapi? Ia adalah satu rekod yang cemerlang ditonjolkan oleh Forestieri dengan purata 1.07 gol dihasilkan pemain tersebut.

Pesaing terdekat dalam merebut kasut emas Liga Super buat Forestieri adalah Ayron del Valle yang merupakan penyerang utama Selangor.

Ayron kini menjaringkan 10 gol, ketinggalan empat jaringan dengan Forestieri. Agak sukar untuk mengejar tapi segalanya mungkin.

Sementara itu, Faisal Halim muncul sebagai pemain tempatan paling tajam di depan pintu gol selepas pusingan pertama Liga Super.

Walaupun pada mulanya momentum Faisal kelihatan perlahan, tetapi pemain Selangor ini berjaya membuktikan kualiti penyudahnya dengan menjaringkan enam gol – terbanyak dalam kalangan pemain tempatan ketika ini.

Faisal juga bukan saja kelihatan tajam ketika menjaringkan gol, tetapi beliau turut ampuh dalam membantu rakan-rakan mencatatkan bantuan gol pada musim ini.

Selain Faisal dan Arif yang berstatus pemain tempatan, hanya Paulo Josue (Kuala Lumpur City) yang berada di dalam senarai penjaring terbanyak.

Selainya adalah lambakan pemain import sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN