Fergus Tierney: “Coach Ela Tetap Terbaik Buat Kami”

Penyerang berbisa skuad bawah 23 (B-23) negara iaitu Fergus Tierney berharap supaya pengendali baharu mereka nanti mampu memberi impak positif daripada segi persiapan sebelum mengharungi saingan Piala Asia B-23 2024.

Sebelum itu, Malaysia B-23 sah kehilangan khidmat E. Elavarasan yang melepaskan jawatan tersebut setelah membantu bekas pasukan kendaliannya mara ke saingan Piala Asia B-23 2024 menerusi siri kelayakan.

Elavarasan yang memegang jawatan tersebut sejak tahun lalu menjadi mangsa kritikan segelintir penyokong bola sepak tempatan selepas pasukan kendaliannya tampil kurang memberansangkan di pentas antarabangsa.

Pastinya kini ramai mengharapkan pengendali baharu Malaysia B-23 mampu tampil dengan lebih baik terutama sekali bagi aksi Piala Asia yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Walaupun banyak kritikan dilemparkan kepada Elavarasan, Tierney mengakui pengendali tersebut berjaya mengubah corak permainannya menjadi lebih baik dan berharap impak tersebut mampu diteruskan oleh jurulatih baharu nanti.

“Saya mengharapkan yang terbaik sahaja dan enggan mengulas lebih lanjut kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah tentu akan buat yang terbaik untuk pasukan Bawah 23 tahun. Apapun coach Ela tetap terbaik buat kami.

“Saya tidak ada kuasa untuk bercakap mengenai pengganti Elavarasan tetapi semoga pengganti beliau akan membawa semangat yang baru dan dapat menajamkan semula prestasi skuad B-23 ini,” katanya menerusi petikan Berita Harian.

Beberapa calon jurulatih baharu sebelum itu turut diperkatakan dalam kalangan peminat seperti Hairudin Omar, Kim Hak-bum, Nafuzi Zain, Akmal Rizal Rakhli, serta ramai lagi.

Namun, perkongsian sebelum itu dibuat oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam menyatakan Juan Torres Garrido dari Sepanyol bakal mengendalikan skuad B-23 negara tidak lama lagi.

Malah, khidmat beliau juga dilaporkan bakal dibantu oleh jurulatih muda negara meningkat naik kini iaitu Nidzam Jamil yang kini bersama Selangor selaku pembantu kepada Tan Cheng Hoe.

Selain itu nama bekas bintang kebangsaan Jepun, Keisuke Honda turut dikaitkan bakal menyertai kejurulatihan skuad B-23 pada masa akan datang dan telah pun dinafikan.

Sentuhan Bersama Jurulatih Import & Tempatan Ditagih Skuad B-23 Negara?

Walaupun begitu, segalanya kini masih belum disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menyatakan pengumuman bakal dibuat tidak lama lagi.

Pastinya jurulatih berkaliber diperlukan pasukan pembangunan negara, kerana Tierney dan rakan-rakannya merupakan pelapis buat skuad utama yang kini sedang mencipta sensasi di pentas antarabangsa bawah kendalian Kim Pan-gon.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN