Ferdinand Sinaga Sah Angkat Kaki Tinggalkan The Red Warriors

Dalam satu muatnaik rasmi di laman media sosial rasmi milik Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), pemain import berasal dari Indonesia, Ferdinand Sinaga sah tidak lagi bersama Kelantan FA.

Dalam muatnaik tersebut, disertakan foto Ferdinand Sinaga berhadapan dengan Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilyas Khan.

Bersama-sama gambar tersebut, tertulis kenyataan dengan tajuk ‘Ferdinand Sinaga Sedia Undur Diri’.

Kenyataan seterusnya berbunyi:

“Kehadiran Ferdinand Sinaga ke Wisma Kafa sebentar tadi untuk bertemu Presiden KAFA,Hajjah Bibi Ramjani Ilias Khan adalah untuk membincangkan penarikan diri beliau untuk kembali kepada kelab asal beliau.”

“Terima kasih Ferdinand Sinaga.”

Ferdinand Sinaga sebelum ini diumumkan secara rasmi sebagai pemain import Kelantan FA untuk saingan Liga Malaysia musim 2018 pada awal Januari yang lalu.

Selepas mengharungi 7 perlawanan, termasuk dua perlawanan di saingan Piala FA, Kelantan hanya mencatatkan dua kemenangan dan tewas empat kali sambil turut mencatatkan satu keputuan seri ketika menentang Terengganu FC pada saingan minggu kedua saingan unifi Liga Super Malaysia.

Sepanjang tempoh itu, Sinaga gagal membentuk gandingan mantap dengan Mohamed Ghaddar di bahagian serangan, dan turut tidak menjaringkan sebarang dol dalam kesemua perlawanan membabitkan pasukan Kelantan FA.

Selain daripada Mohamad Ghaddar dan Ferdinand Sinaga, The Red Warriors turut dibarisi oleh Do Dong Hyun dari Korea Selatan, Cassio de Jesus dan juga Bruno Lopes dari Brazil.

Walaupun baharu sahaja melalui lima perlawanan dalam saingan liga pada musim ini, Kelantan FA telah melakukan banyak perubahan dengan pemecatan Santhit Bensoh sebelum perlantikan Yusri Che Lah sebagai pengendali sementara.

Ia diikuti dengan pengumuman Fajr Ibrahim sebagai Pengarah Teknikal pasukan dengan prospek perlantikan ke jawatan Ketua Jurulatih pada masa hadapan.

Apa pun ia, keputusan mengubah pasukan di awal musim sebegini hanya membuktikan pihak pengurusan hanya mahukan kejayaan segera tanpa membina struktur, organisasi dan perancangan untuk mencipta DNA pasukan untuk saingan jangka masa panjang.

Ke manakah hala tuju Ferdinand Sinaga selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN