Rio Ferdinand Jangka Mbappe Bakal Kuasai Ballon d’Or Di Masa Hadapan

Siapakah yang bakal menjadi pemain terbaik di dunia pada masa akan datang?

Pelbagai nama yang disebut bakal menjadi pengganti kepada pemain-pemain handalan seperti Lionel Messi dan juga Cristiano Ronaldo.

Dan jika bercakap mengenai perkara itu, nama Kylian Mbappe pasti tidak akan ketinggalan.

Pemain tersebut kini mempunyai potensi yang cukup besar selepas menjulang Piala Dunia bersama Perancis.

Hal ini ditambah dengan kejayaan beliau memenangi gelaran pemain muda terbaik dalam kejohanan yang sama.

Bagi penganalisis Rio Ferdinand, beliau melihat Mbappe mempunyai potensi yang besar untuk menguasai anugerah individu iaitu Ballon d’Or di masa hadapan.

“Senang saja, beliau adalah pemain yang akan berada di podium Ballon d’Or pada masa hadapan.”

Sambil itu, Ferdinand turtu berharap yang Manchester United akan pergi mendapatkan Mbappe.

Menurut beliau, pemain tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan Paul Pogba jadi ianya mungkin boleh membantu!

“Saya berharap kelab lama saya akan pergi cuba mendapatkan beliau. Beliau turut mempunyai hubungan yang baik dengan Paul Pogba juga!”

Bagi Ferdinand, kematangan yang ada pada permainan Mbappe membuatkan beliau pemain yang cukup berbeza jika hendak dibandingkan dengan pemain seusia beliau.

“Terdapat kematangan dalam permainan beliau yang menjangkaui usia muda yang dimilikinya.”

KAZAN, RUSSIA – JUNE 30: Kylian Mbappe of France celebrates after scoring his team’s fourth goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Mbappe mempunyai rekod yang baik di Piala Dunia selepas menjaringkan 4 gol untuk negara.

Salah satunya terhasil sewaktu perlawanan akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN