Ferdinand Beri Sebab Kenapa Beliau Tak Jadi Pengurus

Ramai pemain yang selama ini kita tonton dan puja, sudah mula menjadi pengurus seperti Frank Lampard dan Steven Gerrard.

Gary Neville, Paul Scholes juga telah mencuba tetapi tidak berjaya. Kenapa Rio Ferdinand tidak cuba menjadi pengurus?

Menurut Ferdinand, beliau menjauhkan diri daripada dunia pengurusan kerana terdapat pelbagai rintangan peribadi dihadapinya.

Beliau yang sudah mengambil kursus kejurulatihan mengakui belum masanya lagi untuk turun ke gelanggang itu.

“Insiden yang berlaku dalam hidup saya telah membuatkan saya menjauhkan diri daripada menjadi pengurus bola sepak buat masa ini.”

“Ianya lebih dari hal mengenai diri saya sendiri. Situasi ini berubah kerana pelbagai hal peribadi dihadapi saya.”

Ferdinand juga mengatakan yang ramai lagi individu dari pelbagai latar belakang kini bersedia untuk menggapai peluang untuk menjadi jurulatih.

Walaupun tidak menjadi pengurus bola sepak, Ferdinand masih lagi kekal di dalam industri tersebut dengan menjadi penganalisis untuk syarikat penyiaran BT Sport di United Kingdom.

Beliau bersama-sama bekas pemain seperti Micheal Owen, Steve McManaman dan Robbie Savage menyertai pasukan BT Sport.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN