Masih ingat dengan nama Felipe Melo? Pemain yang pernah menggegar dunia satu ketika dahulu pada usia muda.
Namun selepas itu beliau terus merudum dan gagal untuk bermain di peringkat tertinggi di dalam karier. Beliau mulai digelar pemain yang kotor di dalam padang kerana rekod kekasaran dan kad kuning ataupun merah beliau.
Tak lupa kad merah untuk aksi karate ini pada satu ketika dahulu:
Baru-baru ini Felipe Mellow menerima kad kuning ke-23 beliau dalam musim ini. Lantas dia bertekad untuk menjadi Sergio Ramos, berterusan mencipta kad kuning dalam setiap perlawanan.
Sergio Ramos yang digelar sebagai Raja Kad kuning oleh media. Beliau sudah mengutip lebih 270 kad disipiln (kuning atau merah) di dalam kariernya.
Felipe Melo ditanya wartawan, apa pandangan beliau selepas mengutip kad kuning ke-23 beliau musim ini selepas tamat perlawanan di antara Palmeiras dan Cruzeiro.
Melo menjawab:
“Saya mahu menjadi Sergio Ramos selepas ini. Pemain yang berterusan mengutip kad kuning, kuning, kuning. Kemudian menjadi juara UCL dan juga juara Dunia.”
Melo kemudian menyatakan, yang peranan beliau dalam padang adalah untuk mematahkan serangan lawan, jadi sangat sukar untuk mengelak kad merah.
“Peranan saya memang terdedah dengan kad kuning. Saya menerima kritikan, cuba untuk menganalisis insiden yang berlaku untuk saya memperbaiki diri saya.”
Melo dan Palmeiras menant 3-1 ke atas Cruzeiro.