Ketumpulan Penyudah Memisahkan Sarawak Dengan 3 Mata, Tewas 2-0 Di Tangan FELDA United

FELDA United VS Sarawak yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka menyaksikan kemenangan milik pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-0.

Separuh masa pertama bagaimana pun menunjukkan kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mendapatkan gol.

Kesilapan pertahanan dan penjaga gol dari FELDA United hampir memberikan gol untuk Sarawak apabila Farizal Harun terhantar bola kepada pemain lawan, namun percubaan pemain Sarawak berjaya di tepis Farizal.

Mateo Roskam juga punya peluang apabila tandukan beliau hampir menjaringkan gol namun tepisan Farizal menafikan segala-galanya.

Hadin Azman turut memperoleh peluang untuk menjaringkan gol selepas menerima lambungan daripada rakan sepasukan, namun rembatan padu beliau ditepis oleh penjaga gol Sarawak.

Kesimpulannya separuh masa pertama terhasil dengan pelbagai percubaan daripada kedua-dua pasukan walaupun perlawanan berlangsung dalam tempo perlahan.

Gol terhasil

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mula mempamerkan aksi permainan yang sedikit berbeza untuk mencari gol seawal mungkin.

Namun nasib menyebelahi FELDA United apabila Lucas Cano menjaringkan gol pada minit ke-53 selepas Hadin Azman melakukan cut-back ke dalam kotak penalti.

Gambar: FELDA United

Hadin juga turut menyertai Cano dalam senarai penjaring selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-70 selepas melakukan gerakan solo dari sebelah kanan FELDA United.

Beliau yang melepasi pertahanan kemudiannya merembat masuk bola ke dalam gol dengan rembatan padu.

Selepas itu, Sarawak terus mencari gol namun ketumpulan jentera serangan menafikan hak mereka untuk mendapatkan gol.

Masa penuh, FELDA United 2-0 Sarawak.

Baca juga: Mauro Icardi: “Juventus Memang Layak Juara, Yang Lain Tu Sembang Je Lebih”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN