Drama 5 Gol Di Jengka, FELDA United Menang 3-2 Ke Atas PKNS FC!

Aksi perlawanan FELDA United VS PKNS FC dalam saingan Piala Malaysia dilangsungkan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

10 minit pertama menyaksikan pasukan tuan rumah nyata merupakan pasukan dominan dengan pelbagai serangan dihasilkan.

Dilihat beberapa kali serangan dicipta dari sebelah kiri dengan Norsharul Idlan melakukan hantaran-hantaran lintang ke dalam kotak penalti PKNS FC.

Selepas 10 minit, barulah PKNS FC mula mengancam pintu gol FELDA United dengan beberapa siri serangan namun ketumpulan penyudah menafikan gol buat mereka.

HAMPIR! Rembatan kaki kiri Bobby Gonzales hampir saja menghasilkan gol untuk PKNS FC akan tetapi bola itu terkena palang.

Selepas 30 minit, Ifedayo Patrick nyata merupakan liabiliti kepada pasukan FELDA United. 2 kali terperangkap ofsaid, dan beberapa kali percubaan beliau tidak menepati sasaran nyata tidak memberikan impak kepada pasukannya.

GOL! Dikala serangan bertali arus oleh FELDA United, PKNS FC mendahului hasil jaringan Bobby Gonzales hasil dari kelekaan Shukor Adan.

Gol beliau itu terhasil menerusi penyudah dari jarak dekat pada minit ke-31!

Perlawanan kemudiannya menjadi sedikit panas selepas Zamir Selamat menerima kecederaan.

Para pemain PKNS FC selepas itu dilihat sering mengasari pemain FELDA United dalam dalam beberapa situasi dalam masa yang singkat.

Pergerakan Ifedayo nyata mudah bagi PKNS FC, separuh masa pertama sahaja menyaksikan beliau sudah pun beberapa kali terperangkap ofsaid!

Alif Yusof dilihat beberapa kali menjadi sasaran pemain PKNS FC dengan terjahan kasar.

Separuh masa pertama menyaksikan kegagalan FELDA United menjaringkan gol walaupun menguasai permainan dengan baik.

Permainan hantaran lintang mereka gagal disudahkan para pemain yang dinanti di dalam kotak penalti selain prestasi Ifedayo yang tidak beraksi dengan cemerlang ketika perlawanan.

Separuh masa kedua

GOL! Separuh masa kedua bermula dengan gol apabila Ifedayo akhirnya menjaringkan di minit pertama separuh masa kedua!

Gambar: Zam Zainal/Asiana

HAMPIR! Tak lama selepas menjaringkan gol, Safwan Hashim hampir menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah namun penyudah beliau melewati palang gol.

HAMPIR LAGI! Thiago Augusto hampir menjaringkan gol kedua untuk pasukan tuan rumah menerusi tandukan namun tandukan beliau sipi dari memasuki gol.

Nyata FELDA United menekan PKNS FC dengan cukup hebat menerusi serangan bertali arus ke arah pintu gol mereka.

PENALTI! Fabio Ferreira dijatuhkan oleh Dino Djulbic dalam kotak penalti dan ini memberikan peluang kepada PKNS FC untuk mendahului perlawanan ini.

GOL! Nazrin Syamsul Bahri meletakkan PKNS FC kembali di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61!

HAMPIR! Zah Rahan hampir sajha menjaringkan gol menerusi hantaran lintang Thiago namun tolakan pemain itu melambung ke atas palang gol PKNS FC.

GOL! Ia memerlukan kapten untuk menjaringkan apabila Shukor Adan menjaringkan gol menerusi tandukan selepas menerima hantaran Wan Zack Haikal dari situasi sepakan percuma.

GOL LAGI! FELDA United akhirnya mendahului dalam perlawanan ini menerusi gol kedua Ifedayo selepas berjaya merembat kencang bola ke dalam pintu gol. Zamir Selamat bagaimana pun gagal menolak bola itu keluar dari zon bahaya.

Perlawanan malam ini nyata bukanlah perlawanan untuk Thiago apabila beberapa percubaan beliau tersasar.

Dan gol beliau juga dibatalkan pengadil kerana ketika melakukan tandukan, Thiago dalam masa yang sama mengasari Zamir.

Secara keseluruhannya, FELDA United berhak menang kerana mereka bermain bola sepak menyerang yang cukup baik sepanjang perlawanan.

Ketumpulan Ifedayo di separuh masa pertama berjaya ditebus semula pada separuh masa kedua dengan 2 gol untuk pasukan beliau.

Keputusan penuh, FELDA United 3-2 PKNS FC.

Kesebelasan utama

FELDA United: Ilham Razali (penjaga gol), Dino Djulbic, Shukor Adan (ketua pasukan), Safwan Hashim (Hasni Zaidi), Alif Yusof, Daniel Norhisham (Azriddin Rosli), Curran Ferns, Zah Rahan, Ifedayo Patrick, Norshahrul Idlan (Wan Zack Haikal), Thiago Augusto

PKNS FC: Zamir Selamat (penjaga gol), P. Gunalan, Azreen Zulkafali (Shivan Pillay), Ghani Rahman (ketua pasukan) (Amir Hafiz), M. Sivakumar, Khairul Ramadhan (Shafizi Iqmal), Affize Faisal, Khairu Azrin, Nazrin Syamsul Bahri, Fabio Ferreira, Bobby Gonzales

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Nafeez Abdul Wahab
  • Pembantu pengadil 1: Khalid Mat Aris
  • Penolong pengadil 2: Zulkifli Jusoh
  • Pengadil ke-4: Almi Abdullah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN