Pasukan Liga Super, Felda United tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berpindah dari Stadium Tun Abdul Razak (STAR) yang terletak di Jengka, Pahang.
Ini bermakna STAR akan kekal sebagai gelanggang rasmi skuad The Fighters bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.
STAR adalah stadium bola sepak sepenuhnya yang pertama di negara ini dan berkapasiti 25,000 tempat duduk.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung kelab tersebut, Afizal Abu Othman ketika bercakap kepada Berita Harian semalam.
“Setakat ini, STAR tetap menjadi pilihan pengurusan kelab untuk memastikan The Fighters terus beraksi dan melakar kejayaan,” kata Afizal.
“Pada masa sama, kelab ini juga berjaya untuk menarik kehadiran peminat bola sepak untuk memberi sokongan kepada The Fighters.
“Ia dapat disaksikan dengan penambahan penonton di stadium musim ini.”
Stadium bernilai RM92 juta itu mula dijadikan sebagai stadium rasmi Felda United pada 2016 sehingga kini.
Selain daripada memiliki padang rumput tiruan dan bilik persalinan yang lengkap, STAR turut dilengkapi dengan kemudahan gimnasium dan tempat letak kereta yang luas untuk pengunjung.
? Dari sudut pandangan ketua jurulatih Felda United FC , Mohd Nidzam Jamil ?
Bagi jurulatih tempatan, Nidzam Jamil,…
Posted by FELDA UNITED FC on Monday, October 14, 2019
Beberapa pemain senior sudah mengesahkan akan meninggalkan kelab tersebut untuk saingan pada musim hadapan.
Walaupun bakal menurunkan ramai pemain muda untuk saungan pada musim hadapan, The Fighters yakin pasukan itu mampu memberi tentangan kepada pasukan yang lebih besar di saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.
Pada musim lalu, skuad kendalian Nidzam Jamil itu menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10, selain berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA, sebelum ditewaskan oleh Kedah.