FELDA United Terpaksa Lupakan Hasrat Khidmat Bintang Ajax

Pengendali Felda United, B.Sathianathan terpaksa melupakan hasrat untuk membawa bekas penyerang muda Ajax dan penjaring terbanyak Liga Indonesia, Sylvano Comvalius pada saingan Liga Malaysia musim hadapan setelah rundingan dengan ejen pemain tersebut menemui jalan buntu.

Rundingan dengan ejen pemain tersebut dilaporkan melibatkan harga yang tinggi dan di luar kemampuan Felda United.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh B.Sathianathan sendiri kepada Berita Harian sebentar tadi. Sylvano Comvalius adalah penyerang utama Bali FC, menjaringkan 33 gol daripada 30 penampilan untuk kelab Indonesia itu.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

B. Sathianathan berkata:

“Harga berapa dia minta saya tak boleh cakap, biarlah ianya rahsia. Cuma saya boleh katakan ejen pemain itu memang ada berjumpa dengan saya selepas pemain itu dikatakan berminat untuk beraksi di sini (Liga Malaysia).

“Bagaimanapun, harga diletakkan terlalu mahal dan tak masuk akal langsung. Walaupun dia bagus tetapi saya rasa dengan umurnya yang sudah menjangkau 30 tahun memang tak berbaloi.

“Daripada ambil dan bayar tinggi-tinggi, baik saya gunakan pemain yang ada saja,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian hari ini.

Kredit: Bola Sport

Felda United kini sedang dalam perancangan untuk melakukan persiapan untuk kempen pada musim hadapan selepas Liga Super 2017 menutup tirai pada Sabtu yang lalu.

Antara bahagian yang akan dirombak oleh B.Sathianathan adalah jentera serangan pasukan The Fighters dan Comvalius adalah sasaran utama Sathianathan serta Felda United.

Sylvano Comvalius adalah produk akademi Ajax dan mempunyai pengalaman beraksi di bola sepak eropah bersama kelab Stirling Albion di Liga Scotland pada 2011.

Comvalius bukan watak yang asing di Indonesia. Prestasi cemerlangnya bersama Bali FC turut mengundang spekulasi bahawa Comvalius akan diserap sebagai pemain naturalisasi di negara republik berkenaan.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Walaupun cuba untuk memancing bekas produk Ajax itu, B.Sathianathan tetap memuji dan yakin akan kemampuan pemain import sedia ada.

“Berdasarkan aksi terakhir liga menentang PKNS FC pada sabtu lalu, saya berpuas hati dengan penyerang import, Thiago Augusto (gambar atas) dan Ifedayo Olusegun.

“Saya percaya gandingan mereka berdua mampu pergi lebih jauh pada musim depan sekali gus membantu pasukan untuk memburu sekurang-kurangnya satu gelaran,” jelas Sathianathan.

FELDA berjaya meraih kemenangan selesa 4-2 ke atas PKNS FC pada Sabtu lalu. Thiago meledak hatrik (minit ke-50, 73 dan 93) dan satu gol lagi adalah hasil jaringan Zah Rahan Krangar (m-91). Shahrul Azhar Ture (m-23) serta Abdou Jammeh (m-90) turut mencetak gol buat PKNS.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN