FELDA United Dikehendaki Membayar Tunggakan Gaji Berjumlah Lebih RM1 Juta

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan 6 pasukan termasuk pasukan Liga Super, FELDA United dikehendaki melunaskan tunggakan gaji kepada pegawai dan pemain mereka dalam tempoh 30 hari.

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ke-10 bagi penggal 2017-2021 pada 1 Februari 2019 telah mencapai keputusan terhadap 28 kes yang melibatkan 6 pasukan tersebut iaitu FELDA United, PDRM, Perlis, Kuantan FA, Hanelang FC dan Terengganu City FC.

Menurut pengerusi jawatankuasa status FAM, Mohd Joehari Ayub, FELDA United mencatat jumlah tunggakan gaji paling tinggi dalam kalangan 6 pasukan tersebut yang melibat bekas pemain skuad kebangsaan, Shukor Adan (RM390,681.90), Wan Zack Haikal Wan Nor (RM278,223.60), Ahmad Syamim Yahya (RM259,591.20), Mohd Farizal Harun (RM167,491.40), Muhammad Azreen Zulkafali (RM38,930.70) dan Hadin Azman (RM193,000).

“Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sebahagiannya dan Felda United FC dikehendaki membayar tunggakan gaji dan bayaran-bayaran lain seperti jumlah dinyatakan (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman web FAM. 

FELDA United muncul sebagai juara liga Premier pada musim lalu. FOTO: MFL

Joehari turut memberi amaran kepada pasukan tersebut dan tindakan tegas akan diambil jika mereka gagak melunaskan jumlah tunggakan gaji dalam tempoh yang ditetapkan.

“Jika Felda United gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

“Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi,” jelasnya.

Selain FELDA United, PDRM turut dikehendaki melunaskan tunggakan gaji berjumlah lebih RM80,000 kepada 3 pegawai mereka manakala Perlis FA perlu membayar hutang lama berjumlah RM23,000 kepada Famirul Asraf Sayuti dan RM29, 000 kepada Mohd Alafi Mahmud.

3 pasukan yang telah menarik diri daripada saingan Liga Malaysia iaitu Kuantan FA, Terengganu City FC dan Hanelang FC turut mempunyai tunggakan gaji berjumlah lebih RM100,000.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN