Felda sedang mempertimbang untuk melepaskan pengurusan pasukan bola sepak Felda United (FUFC).
Namun begitu Felda akan berusaha mencari pihak yang layak dan mampu untuk menggalas tugas menguruskan Felda United itu. Mereka berharap golongan daripada anak-anak peneroka akan mengambil alih tugas-tugas pengurusan yang baru.
Perkara itu disahkan oleh Presiden Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC), Anuar Malek.
Dipetik dari sumber Utusan Malaysia, Anuar berkata: “Kita merasakan, kita [Felda] tidak akan selama-lamanya menerajui FUFC.”
“Saya yakin Felda tidak akan meneruskan urusan dalam pemberian dana secara berterusan kepada FUFC.”
Beliau kemudian berkata, sudah tiba masanya, golongan anak-anak peneroka meneruskan legasi FUFC dengan mengambil alih pengurusan FUFC.
Anuar juga berharap pengurusan yang baharu nanti akan dapat meneruskan kecemerlangan Felda United dalam persaingan bola sepak domestik.
Felda United antara pasukan yang telah beraksi dalam liga utama dalam beberapa musim ini.
"Kita berasakan bahawa tidak selama-lamanya Felda akan menerajui penubuhan FUFC.."#utusanonlinehttps://t.co/9Sbphiia0t
— Utusan Malaysia (@UMonline) September 22, 2019
Felda United telah melahirkan dan menggilap beberapa bakat penting dalam bola sepak Malaysia seperti Christie Jayaseelan, Hadin Azman dan ramai lagi.
Mereka juga pernah melayakkan diri beraksi dalam Piala AFC.