Felcra FC Isi Kekosongan Ditinggalkan Sime Darby Dalam Liga Perdana 2018

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah mengesahkan bahawa Felcra FC akan mengisi tempat yang dikosongkan Sime Darby FC dalam Liga Perdana musim 2018. Dalam kenyataan rasmi ringkas semalam, FMLLP menyatakan:

“Pencalonan Felcra Fc telah dibentangkan pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah FMLLP pada 23 November (Khamis) lepas.”

“Mesyuarat tersebut memutuskan untuk menerima pasukan Felcra FC untuk membuat penggantian mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sime Darby FC.”

“Pihak FMLLP telah menghantar surat memohon pengesahan penyertaan serta menunggu maklum balas dari Felcra FC. Tahniah dan selamat maju jaya buat Felcra FC!”

Beberapa hari yang lalu, Sime Darby telah mengumumkan mereka menarik diri daripada Liga Perdana musim hadapan dan hanya akan bermain dalam Liga Kuala Lumpur.

Satu berita yang agak mengejutkan seluruh peminat bola sepak Malaysia. Ini kerana Sime Darby antara kelab yang sudah sinonim dengan saingan liga domestik di Malaysia.

Felcra FC musim lalu menamatkan Liga FAM di tangga ke-2 di belakang UKM dalam saingan kumpulan A. Mereka mara ke suku akhir untuk perlawanan penentuan ke Liga Premier.

Felcra FC menewaskan Terengganu City di suku akhir. Namun tewas di tangan Sime Darby FC dalam perlawanan separuh akhir.

Felcra FC adalah pasukan yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Ianya ditubuhkan pada tahun 2012. Pasukan ini menggunakan sentuhan Norizan Bakar sebagai pengarah bola sepak mereka. Rosle Md. Derus pula menjadi jurulatih.

N. Thanabalan antara produk terbaik mereka musim lalu apabila menjadi pemain utama Harimau Muda dalam kempen Sukan SEA di Kuala Lumpur. Thanabalan membantu Malaysia memenangi pingat perak di dalam temasya tersebut.

Namun penggempur sensasi ini akan menyertai pasukan Negeri Sembilan pada musim hadapan.

Pengumuman FMLLP ini pastinya menggembirakan mereka untuk beraksi dalam Liga Perdana pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN