Feichtenbeiner Bawa DNA Jerman Yang ‘Gagal’ Di Selangor Ke Myanmar?

Michael-Feichtenbeiner-Myanmar-2023

Bekas pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner dikatakan bakal meninggalkan ‘dunia’ penganggurannya dengan bakal menyertai skuad kebangsaan Myanmar, menurut perkongsian Asean Football.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Myanmar yang baharu. Jurulatih kelahiran Jerman, Michael Feichtenbeiner dilaporkan akan dilantik sebagai ketua jurulatih buat skuad kebangsaan dan skuad B-23 Myanmar untuk tempoh kontrak selama dua tahun,” ciap Asean Football lewat petang tadi.

Jika khabar pelantikan ini benar, beliau akan menggantikan Antoine Hey yang telah dilantik mengemudi skuad ‘Chinthe’ sejak 2019 yang lalu.

Kali terakhir Hey mengendalikan mereka adalah dalam kempen Piala AFF 2022 di mana mereka menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Mungkin melihatkan tiada perubahan prestasi ke atas skuad tersebut, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk menukar jurulatih mereka.

Sejak dilantik, Hey dua kali terlibat dalam saingan Piala AFF dan di kedua-dua edisi, Myanmar merupakan pasukan ketiga tercorot daripada 10 pasukan dengan edisi lalu yang terburuk apabila hanya meraih satu mata.

Hey merupakan jurulatih yang berasal dari Jerman seperti Feichtenbeiner, namun muda hampir 10 tahun berbanding bekas pengendali Selangor itu.

Feichtenbeiner sangat sinonim dengan DNA Jerman yang mahu diterapkan di Selangor yang boleh dianggap sebagai satu projek yang gagal sehingga beliau telah ditunjukkan pintu keluar oleh pihak pengurusan The Red Giants.

Prestasi tidak konsisten Selangor menyaksikan para penyokong mendesak beliau dipecat dan kemuncak kepada segalanya adalah selepas kekalahan kepada Melaka United yang menyaksikan satu mesyuarat khas diadakan.

Beliau akhirnya sah dipecat daripada jawatannya sekitar Ogos 2022.

Selangor kemudian melantik Tan Cheng Hoe untuk ambil alih posisinya sebagai ketua jurulatih dan posisi lamanya sebagai Pengarah Teknikal diambil alih oleh Dennis Bekking, bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari.

Adakah beliau akan meneruskan DNA Jerman? Dengan pasukan yang sudah sinonim dengan jurulatih dari Jerman, ia dilihat tidak mustahil.

Mungkin ada sesuatu yang mahu dibuktikannya kepada pihak pengurusan Selangor jika benar beliau dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Myanmar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN