FC Seoul Mohon Maaf Guna ‘Sex Doll’ Sebagai Penyokong Di Stadium

FC Seoul

Kelab Korea Selatan FC Seoul telah memohon maaf selepas menggunakan patung seks dan bukannya patung model biasa untuk digunakan sebagai ‘penyokong tiruan’ untuk memenuhi tempat duduk di dalam stadium semasa perlawanan Liga Korea (K League) pada Ahad lepas.

Perlawanan antara FC Seoul berdepan Gwangju itu dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong di stadium berikutan larangan kerajaan untuk berhimpun bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Sebahagian patung seks itu dipakaikan dengan jersi pasukan dan yang lain pula digayakan dengan memegang sepanduk dan plakad bagi ‘menyokong pasukan. 

Bagaimanapun penyokong sebenar yang menonton perlawanan tersebut menerusi televisyen dapat ‘mengesan’ perkara tersebut dan membangkitkan ‘keterujaan’ mereka menerusi media sosial.

“Lihat buah dada mereka, lebih besar empat kali ganda daripada patung biasa,” tulis seorang penyokong dalam akaun Instagram sambil membuat naik gambar patung seks berkenaan.

Pihak pengurusan kelab kemudian mengeluarkan kenyataan pada Isnin dengan mendakwa pembekal patung tesebut tidak memaklumkan kepada mereka bahawa patung yang diserahkan tersebut merupakan “produk orang dewasa” dan memohon maaf kerana tidak membuat semakan.

“Niat kami hanyalah mahu memeriahkan suasana memandangkan tiada penyokong yang dapat hadir menonton di dalam stadium. Sekaligus memberikan mesej yang kita mampu berdepan dengan tempoh sukar ini.

“Kami mengesahkan yang patung tersebut diletakkan di tempat duduk seolah-olah ianya penyokong sebenar, tetapi kita tidak tahu ianya adalah “produk orang dewasa”.

“Kami gagal untuk membuat semakan dengan lebih terperinci dan kami mengakui kesilapan tersebut.”

Sekurang-kurangnya permohonan maaf tersebut sedikit melegakan penyokong yang terkejut dengan tindakan kelab.

Seorang penyokong menulis, beliau amat terkejut apabila patung seks itu ditayang secara umum sedangkan perlawanan yang disiarkan secara langsung itu ditonton oleh semua golongan termasuk kanak-kanak.

Syarikat pembekal patung berkenaan, Dalcom bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan dan tiada juga sebarang maklum balas dari pihak K League.

Kredit Foto: World Breaking News

Baca juga artikel kami yang lain mengenai K League:

Leave a Reply