Semalam FC Basel dinobatkan juara Switzerland Super League untuk musim 2016/17. Ia adalah kejuaraan ke-20 dalam sejarah kelab mereka.
Baki perlawanan musim ini masih lagi ada 6 perlawanan untuk mereka. Kemenangan 2-1 ke atas Lucerne sudah cukup untuk memastikan kelab ini terus menjadi kuasa di Switzerland sekali lagi.
Mereka berada 24 mata di atas pasukan pencabar Young Boys. Selain itu FC Basel turut menjuarai Swiss Super League untuk kali ke-8 berturut-turut.
Mereka sudah mengesahkan tempat automatik ke UCL pada musim hadapan dalam perlawanan sebelum ini. Ianya ketika mereka menang 3-0 ke atas FC Sion.
Dalam satu kenyataan rasmi kelab mereka, FC Basel mengumumkan pemergian jurulatih mereka Urs Fischer (gambar) yang akan digantikan oleh Raphael Wicky.
Urs Fischer masih berminat untuk mengendalikan FC Basel namun kelab tersebut sudah pun membuat keputusan sebelum ini bahawa mereka tidak akan memperbaharui kontrak baru Urs Fischer.
Fischer sebelum ini ditandatangani Basel selepas cemerlang membantu kelab Thun menamatkan liga di tangga ke-4.
2 musim bersama Basel, pada April lalu kelab membuat pengumuman gagal mencapai persetujuan dengan Fischer dan membuat keputusan tidak menyambung kontrak beliau.
Wicky adalah jurulatih pasukan B-19 tahun Basel. Beliau dikatakan pilihan utama pemilik kelab ini kerana hubungan beliau yang sangat baik dengan pemilik.
Sebagai penghargaan di atas kejayaan juara liga kali ke-20, FC Basel akan dihadiahkan bintang ke-2 pada logo kelab mereka selepas ini.
SCHWEIZERMEISTER!!#stärnstund #FCBasel #rotblaulive pic.twitter.com/HSuEhwHaBn
— FC Basel 1893 (@FCBasel1893) April 28, 2017
Pengumuman tentang hal itu turut dihebahkan di twitter rasmi kelab tersebut.
Baca juga: Kerana Cuai, Juan Cuadrardo Terbocor Jersi Juventus Untuk Musim Depan Di Twitter