Kelab Switzerland, FC Basel menyambut ulang tahun penubuhan ke-125. Sebagai memperingati ulang tahun tersebut, mereka mengadakan jamuan makan malam.
Difahamkan kira-kira 1250 orang tetamu dijemput ke jamuan tersebut. Selain pengurusan kelab dan pemain, mantan pengurus dan pemain FC Basel turut hadir.
Namun, ada sesuatu yang telah berlaku semasa program tersebut diadakan.
Bantuan
FC Basel mempunyai skuad wanita. Tetapi, mereka tidak dijemput untuk hadir ke jamuan tersebut.
Malah, mereka diminta untuk membantu perjalanan jamuan tersebut dengan menjual tiket cabutan bertuah (raffle tickets) kepada tetamu yang hadir.
Skuad wanita FC Basel bersetuju untuk membantu majikan mereka. Diberitakan juga wang kutipan tiket itu akan dimasukkan ke dalam bajet pembangunan mereka.
Kecaman
Pemain skuad lelaki menerima layanan istimewa berupa hidangan lazat. Tetapi, skuad wanita hanya makan sandwic yang disediakan selepas tamat jamuan.
Kejadian ini menimbulkan kritikan daripada pelbagai pihak yang hadir semasa jamuan tersebut.
Antara yang turut hadir ialah seorang ahli parlimen Swiss yang merupakan penyokong FC Basel. Beliau terkejut dengan bagaimana kelab bola sepak terkenal negaranya melayani pemain wanita.
FC Basel, was criticized for feeding the women’s football team sandwiches as the men’s team received a three course meal, at a formal gala. What does this say about the FC Basel organization on how they view the equality of males and females? https://t.co/yvLfwEoDTi #HK456_W9
— Vanessa Despenic* (@angelgreen14) November 22, 2018
Memalukan
Ahli parlimen tersebut berkata akan menulis surat untuk menyampaikan teguran kepada pengurusan kelab FC Basel.
Jamuan itu sebenarnya juga terbuka kepada para penyokong dengan syarat membeli tiket masuk. Tiket masuk itu dijual dengan harga 125 franc.
Ketika dihubungi CNN, pengurusan FC Basel memberitahu bahawa pelbagai cara pekerja membantu organisasi dalam menguruskan sesuatu aktiviti. Dan para pemain wanita itu gembira membantu semasa program tersebut.
Kejadian sebegini harus diambil iktibar agar walaupun di negara-negara Barat usaha penyamarataan hak gender dalam sukan sedang diperkasakan. Mungkin tidak semua pihak dalam sukan sebenarnya tidak memahami.