Fazrul Amir & Fergus Tierney ‘Lulus’ Untuk Kekal Bersama Harimau Malaya

Dua wajah baharu skuad Harimau Malaya iaitu Fazrul Amir dan Fergus Tierney antara mencuri tumpuan para peminat kebangsaan selepas kem kebangsaan mengharungi aksi antarabangsa baru-baru ini.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya telah pun mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 dengan mereka menghadapi cabaran daripada Laos serta India.

Dalam dua aksi persahabatan itu, Malaysia meraih satu kemenangan 3-1 ketika berdepan Laos serta terikat seri 1-1 sewaktu menghadapi cabaran India di gelanggang lawan.

Sepanjang mengharungi dua aksi persahabatan tersebut, Pau Marti Vicente telah pun menggunakan beberapa gandingan pemain termasuk muka baharu yang dipanggil iaitu Fergus Tierney serta tonggak utama Kelantan Darul Naim (KDN), Fazrul Amir.

Melihat kepada kelibat dua pemain tersebut, jelas ia memberi nafas baharu buat pasukan kebangsaan untuk memberi lebih banyak pilihan kepada Pau Marti selepas ini di pentas antarabangsa.

Apa tidaknya, kedua pemain tersebut berjaya menjalankan tugas dengan cukup baik buat Malaysia terutama sekali untuk menghidupkan jentera serangan kem kebangsaan sewaktu menghadapi Laos dan India.

Fazrul Amir ada kelincahan dan pantas

Untuk Fazrul Amir, beliau dibawa masuk selaku pemain gantian pada 10 minit terakhir dalam kedua aksi persahabatan itu selaku pemain sayap kiri negara.

Hasilnya tidak mengecewakan apabila kelincahannya beberapa kali berjaya memerangkap pertahanan lawan selain larian derasnya sukar untuk dikawal ketika membantu serangan negara.

Disamakan gaya permainan seperti Faisal Halim, pemain ini memiliki masa depan cukup cerah untuk menjadi tonggak baharu di posisi sayap kiri kebangsaan jika beliau terus diberi peluang oleh Pau Marti.

Malah, saingan AFF bakal berlangsung tidak lama lagi boleh menjadi pentas terbaik buat pemain tersebut untuk terus menyerlahkan lagi bakat beliau bersama pasukan kebangsaan.

Fergus Tierney wajar terus diberi peluang

Salah seorang pemain muda negara yang dipanggil menyertai kem kebangsaan, selepas aksi beliau bersama Chonburi FC serta skuad pembangunan negara tampak menyakinkan.

Diberi peluang beraksi pada penghujung separuh masa kedua, Tierney tampak sedikit kekok pada aksi bertemu Laos serta memiliki masalah persefahaman bersama rakan sepasukan lain.

Namun, pemain tersebut tampil dengan lebih baik ketika perlawanan bertemu India apabila beliau bijak menggunakan kekuatan fizikal serta naluri selaku penyerang untuk cuba mencipta beberapa percubaan ke arah gawang lawan.

Pandangan anda pula, adakah kedua pemain tersebut wajar terus diberi peluang untuk menyertai kem kebangsaan pada masa hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN