Fazrul Amir Antara Dijulang Selaku ‘Permata’ Baharu Buat Malaysia

Bakat baharu skuad senior Malaysia, Fazrul Amir antara yang meraih pujian penuh daripada para peminat ekoran aksi positif ditampilkan beliau bersama skuad kebangsaan semalam pada aksi persahabatan.

Terdahulu, Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan 3-1 mengatasi Laos menerusi jaringan daripada bintang muda Selangor iaitu Harith Haiqal, Stuart Wilkin, serta sepakan penalti daripada Sergio Aguero.

Walaupun meraih kemenangan, skuad kebangsaan sebelum itu terpaksa menghadapi kesukaran di babak separuh masa pertama apabila mereka gagal untuk menyesuaikan diri di atas padang yang berlopak kerana hujan lebat di Thailand.

Walaupun begitu, aksi di separuh masa kedua jelas didominasi Harimau Malaya sehingga berjaya mendapatkan dua gol untuk memastikan kemenangan buat Malaysia.

Sepanjang aksi berlangsung, beberapa perubahan turut dilakukan oleh Pau Marti Vicente dalam kalangan pemain terutama pada babak separuh masa kedua yang dianggap cukup berbaloi.

Kehadiran Fazrul Amir yang buat pertama kali mencipta aksi sulung bersama Malaysia dianggap lulus dalam kalangan peminat apabila dirinya dibawa masuk pada penghujung separuh masa kedua menggantikan Syafiq Ahmad.

Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) itu tidak mengambil masa yang lama untuk cepat memberikan impak positif kepada siri serangan pasukan kebangsaan menerusi kepantasan serta kelincahan beliau mengawal bola.

Kelincahan Fazrul Amir beberapa kali berjaya memerangkap pertahanan lawan selain dirinya juga mampu mencipta persefahaman baik bersama rakan sepasukan lain.

Di media sosial, nama Fazrul antara yang dipuji oleh para peminat selain ada turut menyatakan beliau merupakan pengganti paling sesuai kini buat kekosongan ditinggalkan oleh Faisal Halim selaku sayap kiri.

“Masih awal untuk lihat keupayaan sebenar Fazrul Amir kerana dimasukkan dihujung-hujung permainan. Namun jika diberi lebih peluang, saya rasa Fazrul boleh jadi salah seorang pengganti bagi posisi Faisal Halim. Apapun lawan India nanti harus fokus pertahanan dan tajam penyudah,” komen Jul Din.

“Tertarik dgn Fazrul Amir. Dia main tak kekok, berani,” puji Amirul bin Mohd Said mengenai prestasi ditampilkan permata baharu skuad kebangsaan Malaysia itu.

“Lincah player kelantan tadi, gaya dah mcm Faisal Halim, tapi sayang main berapa minit jer. Harap next game dapat main awal,” kata Mohamad Hairul Isras.

Selain Fazrul, kelibat Sergio Aguero bersama Stuart Wilkin yang dibawa masuk pada babak kedua juga jelas menambah kreativiti serta ketajaman di posisi serangan Harimau Malaya.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN