Fayadh Zulkifli Atasi Safawi Rasid Sebagai ‘Super-Sub’ Terbaik Liga Super

Fayadh Zulkifli
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pemain Kedah Darul Aman (KDA), dianggap sebagai pemain gantian terbaik atau super-sub dalam saingan Liga Super.

Beliau mengatasi beberapa nama lain seperti Norhakim Hassan (Selangor), R. Kogileswaran (PJ City) dan Sean Selvaraj (Negeri Sembilan).

Lebih menarik, persembahan Fayadh sebagai pemain gantian turut mengatasi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang kini lebih kerap dimainkan dengan corak yang sama.

Menurut laman Transfermarkt, Fayadh merupakan pemain Liga Super yang paling kerap dijadikan sebagai super-sub.

Untuk rekod, 450 minit dihasilkan oleh Fayadh dengan 14 kali beliau masukkan sebagai pemain gantian musim ini.

Daripada 450 minit itu, Fayadh sudah menghasilkan empat jaringan untuk KDA walaupun tidak semuanya hadir ketika penghujung perlawanan.

Ini bukanlah satu kejutan kerana pengendali KDA, Aidil Sharin turut mengaku kepada Semuanya BOLA  yang dirinya lebih gemar menurunkan Fayadh sebagai pemain gantian berbanding kesebelasan utama.

Jika diletakkan di bangku simpanan malam ini menentang JDT, Fayadh pastinya akan menghadirkan bahaya sebaik sahaja Aidil memasukkan beliau.

Selain Fayadh, Norhakim juga merupakan super-sub yang berkualiti dalam Liga Super musim ini.

Menghasilkan tiga gol dan satu bantuan gol, Norhakim nyata adalah pemain berguna buat Selangor walaupun cuma mencatatkan 354 minit permainan dan 12 kali dimasukkan sebagai pemain gantian.

Safawi yang diatasi oleh Fayadh hanya menjadi super-sub ketiga terbaik di Malaysia dengan beliau menjaringkan dua gol dan dua bantuan gol musim ini.

Minit permainan Safawi juga lebih kurang jika hendak dibandingkan dengan Fayadh dan Norhakim apabila beliau cuma memperoleh 243 minit dan 11 kali dimasukkan sebagai pemain gantian.

Aidil jelas sekali begitu tahu cara untuk memaksimakan hasil kerja Fayadh diatas padang dengan meletakkan beliau sebagai pemain gantian.

Ia tak tumpah seperti Sir Alex Ferguson begitu arif menggunakan Javier Hernandez untuk memusnahkan pihak lawan dengan gol-gol minit akhirnya ketika di Manchester United.

Baka super-sub ini mungkin akan kecewa kerana kurang minit bermain, tetapi kerana impak hebatnya akan buatkan nama mereka terus kekal dalam pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN