Fauzi Pilus: Berwaspada Ketika Berbelanja Bagi Hadapi Musim 2021

Fauzi Pilus

Bekas jurulatih PDRM, Fauzi Pilus berharap kalendar Liga Malaysia 2021 yang telah dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) dapat menghilangkan keresahan pasukan yang mungkin masih suram dengan pembatalan TM Piala Malaysia 2020.

Selepas beberapa hari pengumuman TM Piala Malaysia dibatalkan pada Khamis lalu, MFL mengambil langkah tepat dengan mengumumkan kalendar Liga Malaysia pula pada Isnin di mana Fauzi melihat badan penganjur liga itu berusaha keras untuk pasukan lebih bersedia bagi musim depan dengan tempoh masa lebih kurang tiga bulan ini.

Beliau tidak menafikan mungkin ada sesetengah pasukan yang masih rasa gusar dengan situasi yang sedang melanda dan khuatir apakah yang akan berlaku dengan perjalanan liga musim depan.

Namun, dengan adanya tarikh-tarikh penting Liga Malaysia 2021 ini sekurang-kurangnya dapat memberikan satu motivasi baharu kepada pasukan untuk memulakan musim hadapan dengan lebih teratur.

”Mahu atau tidak, itulah kenyataan pahit yang perlu ditelan apabila TM Piala Malaysia menjadi korban COVID-19 pada tahun ini.”

”Tetapi, apabila itu berlaku, saya tengok pihak MFL nampaknya tahu apa yang sedang dilakukan mereka demi kebaikan semua pasukan dan, kita boleh tengok pasukan menyambut baik dengan kalendar Liga Malaysia 2021 ini.”

”Mereka juga dapat membuat persiapan dengan lebih baik, teratur dengan tempoh masa yang telah ada ini dan harapnya semua pasukan dapat terus pandang ke hadapan untuk memulakan musim 2021”, katanya.

Dalam masa sama, Fauzi yang juga pengarah teknikal PDRM menegaskan amat penting untuk semua pasukan Liga Malaysia tetap berwaspada dengan bajet kewangan pasukan sekiranya berlaku yang tidak diingini pada tahun hadapan melihat kepada kes COVID-19 ketika ini.

Semestinya semua mengharapkan agar keadaan kembali pulih, tetapi beliau harap pasukan-pasukan lebih bijak dan matang untuk menangani apa jua situasi yang akan berlaku pada musim hadapan selepas berdepan musim yang cukup mencabar pada tahun ini.

”Benda yang paling penting mereka harus ingat untuk musim depan adalah kewangan pasukan.”

”Berwaspada dan berhemahlah kerana kita tahu macam mana COVID-19 ini memberi kesan kepada ekonomi negara dan kita tidak boleh nak jangka apa yang mungkin akan berlaku pada tahun depan.”

”Mungkin lebih baik atau mungkin lebih teruk, jadi sebab itulah aspek kewangan sangat penting sekarang ini untuk kita lebih berjaga-jaga,” jelas Fauzi Pilus lagi.

Perlawanan-perlawanan domestik seperti CIMB Liga Super dan Liga Premier akan bermula pada 27 dan 28 Februari 2021 dan bakal berakhir pada 20 dan 21 Ogos 2021 manakala kejohanan Piala FA bakal berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2021 sehingga aksi final pada 11 September 2021.

Kejohanan TM Piala Malaysia pula akan bermula 17 dan 18 September 2021 sehingga 27 November 2021 manakala kejohanan Challenge Cup akan berlangsung pada 3 dan 4 September 2021 sehingga final pertama pada 6 atau 7 November 2021 diikuti final kedua pada 13 atau 14 November 2021.

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa di seluruh dunia:

UiTM FC Sahkan Frank Bernhardt Kekal, Lanjutkan Kontrak 9 Pemain Tempatan

Lionel Messi: Saya Penat Sentiasa Jadi Masalah Buat Semua Orang

Tak Sambung Kontrak Yusri, Kelantan FC Buru Jurulatih Berpengalaman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN