FAT Terima Bidaan 8 Syarikat Untuk Hak Penyiaraan Liga Thai

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengesahkan telah menerima bidaan daripada lapan syarikat untuk hak penyiaraan pasukan kebangsaan dan semua pertandingan bola sepak di bawah naungan badan induk itu.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, FAT menjelaskan bidaan telah dibuka untuk pihak yang berminat untuk membida hak penyiaraan bagi musim 2021-2028 pada November lalu.

Bidaan selama lapan musim tersebut merangkumi hak penyiaraan untuk pertandingan-pertandingan utama seperti Liga Thai, Piala FA, Toyota League Cup, skuad kebangsaan lelaki dan wanita, futsal dan bola sepak pantai.

สมาคมฯ แจ้งความคืบหน้าการประมูลลิขสิทธิ์สื่อและถ่ายทอดสดฟุตบอลไทย

————–

สมาคมกีฬาฟุตบอลแห่งประเทศไทยฯ…

Posted by FA Thailand on Wednesday, December 11, 2019

Mana-mana agensi berminat menyiarkan siaran secara siaran langsung melalui platform tersedia, stesen TV, yang berada di dalam industri media dijemput untuk menghantar tawaran masing-masing.

FAT berkata sambutan amat menggalakkan selepas itu. Malah selepas tawaran ditutup, FAT menerima lapan tawaran dari dalam dan luar negara untuk mengambil hak penyiaran tersebut.

Dua daripada syarikat tersebut (dipercayai tertinggi) turut menghantar nilai bidaan yang sama. Salah satu daripada syarikat tersebut adalah dari luar negara.

FAT turut mengesahkan langkah seterusnya ialah untuk melakukan rundingan dengan kedua-dua syarikat tersebut.

Jumlah syarikat yang berminat untuk membida hak penyiaraan Liga Thai adalah gambaran kepada nilai pasaran bola sepak di negara tersebut yang semakin melangkah ke hadapan.

Kejayaan Liga Thai menarik minat syarikat antarabangsa juga adalah indikasi bakat-bakat dari Thailand turut menjadi tumpuan kelab-kelab besar antarabangsa yang lain.

Leave a Reply