Fasiliti Lengkap VAR Bakal Tiba Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal menjadi gelanggang pertama di Malaysia yang mempunyai fasiliti lengkap berkenaan Video Assistant Referee (VAR).

Pengendali stadium, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengatakan yang mereka akan memastikan gelanggang rasmi Harimau Malaya itu akan dilengkapi dengan peralatan penuh supaya VAR boleh dilaksanakan dengan sebaiknya apabila perlawanan diadakan di sana”

Menurut laporan Astro Awani, dengan adanya kelengkapan penuh bagi sistem VAR di SNBJ, ianya akan memberikan nilai tambah kepada stadium tersebut sebagai gelanggang utama negara.

Ianya akan memberikan manfaat seandainya perlawanan bertaraf antarabangsa diadakan di situ termasuklah saingan tempatan seperti perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Bagi pihak PSM, mereka tidak akan menggunakan barang kelengkapan bertaraf minima, sebaliknya akan memakai alatan berpiawaian tinggi supaya sistem VAR di SNBJ setaraf dengan stadium-stadium lain di dunia.

“Kami ada perancangan untuk memasang VAR, jadi ia [SNBJ] sedia untuk menghadapi sebarang kejohanan antarabangsa dan sudah semestinya untuk kejohanan tempatan juga, jika ada peruntukan dan dapat dana yang sewajarnya, kita ada perancangan untuk pasang VAR di SNBJ.

“Kita akan gunakan spesefikasi tinggi dan bertaraf dunia. Sebab itu kalau kita nak buat sesuatu itu biar kita ikut standard antarabangsa terutama aset di bawah PSM,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Faidz Sanusi.

Perbincangan untuk mengadakan sistem VAR dalam bola sepak Malaysia sudah lama berlingkar namun kekangan kewangan serta isu fasiliti menyebabkan ianya tidak berjaya untuk dilaksanakan sepantasnya.

Di rantau Asia Tenggara, Thailand dan Singapura sudah melaksanakan sistem VAR dalam saingan tempatan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN