Apakah Syarat Utama Jadi Jurulatih Melaka United? Fasih Berbahasa Malaysia!

Melaka United meletakkan syarat utama untuk menjadi jurulatih tersebut adalah mestilah fasih berbahasa Malaysia – lapor Berita Harian.

Menurut Datuk Wira Yusoff Mahadi, faktor bahasa kebangsaan itu menjadi keutamaan selepas para pemain menyatakan rungutan mereka.

“Sebelum ini kita ada Eric Williams yang fasih berbahasa Malaysia. Namun begitu, beliau tetap menggunakan bahasa Inggeris ketika latihan.”

“Ini menyebabkan pemain tidak faham dengan arahan dan kemahuan jurulatih berkenaan.”

Walaupun menetapkan fasih berbahasa Malaysia sebagai keutamaan, ia tidak menolak Melaka United untuk tidak mengambil jurulatih luar.

Jurulatih Cilegon United iaitu Arcan Iurie dan juga jurulatih South China iaitu Dejan Antonic antara calon yang berpotensi menggantikan Williams.

Mereka dikatakan boleh bertutur dalam bahasa serumpun iaitu bahasa Indonesia selepas pernah berkhidmat di negara tersebut.

“Saya tidak kisah sama ada mereka boleh bertutur dalam bahasa Malaysia atau Indonesia. Mana-mana pun boleh.”

2 nama tersebut adalah calon bagi jurulatih asing. Sementara K. Devan, Azraai Khor Abdullah dan Hassan Sazali merupakan calon bagi jurulatih tempatan untuk pasukan Melaka United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN