FAS Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pengadil Wanita

Kerjaya sebagai pengadil bola sepak di mungkin tidak dianggap sehebat pemain atau jurulatih bola sepak. Malah ianya mungkin juga boleh dilabel sebagai kerjaya yang paling berisiko dengan kontroversi melibatkan pengadil perlawanan dalam kejohanan besar yang sering melanda arena bola sepak di negara ini.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil pendekatan untuk melahirkan lebih ramai pengadil di Selangor dan mensasarkan seramai 250 orang pengadil yang aktif bersedia untuk mengadili perlawanan bola sepak di seluruh negeri tersebut menjelang akhir 2020.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS, Abdul Basith Abdul Hamid dalam kenyataannya kepada Bernama memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan beberapa program untuk menarik minat ramai, terutamanya golongan belia, menyertai bidang pengadilan.

Kredit Foto: RTM

“Kami telah menyusun beberapa program untuk menarik minat golongan belia dan menjadikan bidang pengadilan ini sebagai kerjaya kedua mereka.

“Kerjaya ini juga akan mampu menghasilkan atau menjana pendapatan yang agak lumayan dan melonjakkan taraf ekonomi mereka,” katanya.

Abdul Basith yang ditemubual pada majlis Perasmian Seminar Pengadil Persatuan Bola Sepak Liga FAS 2020 menjelaskan pihak FAS juga kini mahu membuka peluang kepada golongan wanita untuk menyertai bidang pengadilan di Selangor.

Tambahnya lagi, melihat minat dan keterlibatan lebih ramai golongan wanita dalam sukan bola sepak pada hari, menjadi keperluan untuk  FAS untuk melahirkan lebih ramai kaum wanita menyertai bidang pengadilan yang diyakini akan berkembang maju.

Seminar yang dianjurkan tersebut disertai oleh 174 orang pengadil yang akan mengharungi Liga FAS pada musim 2020 dan bertujuan untuk mengulangkaji undang-undang permainan terutamanya peraturan-peraturan baharu yang ditetapkan oleh FIFA supaya pengadil dapat membuat keputusan yang tepat.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAS, Chandra Sekar dan ia turut dihadiri Ketua Jurulatih Selangor, B. Satiananthan.

Kredit Foto: Tompoq

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN