Farizal Marlias dilayangkan kad merah semalam ketika perlawanan kedua separuh akhir Zonal ASEAN Piala AFC menentang wakil Filipina iaitu Ceres Negros pada minit-minit akhir perlawanan.
Keputusan itu hadir selepas pengadil membuat keputusan setelah mendapati Farizal Marlias cuba untuk mengejar seorang pemain Ceres Negros ketika situasi tegang.
Kemudiannya, Farizal telah membuat tindakan luar jangkaan apabila menolak pengadil dan kemudiannya terus mengamuk apabila telah dibuang padang.