Farizal Marlias Bakal Berhadapan Hukuman Berat Dari AFC

Farizal Marlias dijangka menghadapi hukuman yang cukup berat dari pihak AFC – lapor Harian Metro.

Hal ini kerana insiden kad merah yang diterima beliau ketika perlawanan Piala AFC diantara Ceres Negros dan juga JDT di Filipina.

Perkara yang lebih teruk adalah kerana Farizal telah menolak pegawai perlawanan ketika insiden panas tersebut.

Menurut Datuk Windsor Paul yang merupakan Setiausaha Agung AFC, beliau masih menanti laporan penuh dari pengadil perlawanan dan akan memanjangkan perkara ini ke jawatankuasa tatatertib AFC.

Saya enggan ulas lanjut, sebaliknya kita tunggu laporan sebab sebarang keputusan yang diambil Jawatankuasa Tatatertib akan berdasarkan fakta dan butiran terkandung dalam laporan itu.”

Karier terancam

Andai Farizal benar dihukum oleh pihak AFC, ini akan membuatkan karier beliau dalam keadaan terancam.

Hal ini kerana, beliau boleh dikenakan hukuman larangan bermain untuk tempoh yang lama termasuk dikenakan hukuman denda.

Hukuman tersebut bakal menyaksikan Farizal terlepas aksi Piala AFC pada musim hadapan serta beliau tidak dibenarkan beraksi di Liga Malaysia sepanjang tempoh hukuman.

Hal ini kerana FAM adalah persatuan yang bernaung di bawah AFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN