Farizal Marlias Dipilih Sebagai Kapten Skuad Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin semalam mengumumkan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias sebagai kapten baharu skuad Harimau Malaya bagi mengantikan Zaquan Adha yang tidak dipanggil kali ini.

Manakala pemain pertahanan Perak, Shahrul Saad pula dipilih sebagai penolong kapten selepas nama mereka dicadangkan oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Farizal akan mengetuai cabaran negara bagi menghadapi perlawanan antarabangsa bertemu Nepal, ahad ini dan aksi timbal balik pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste pada 7 dan 11 Jun ini. Ketiga-tiga aksi ini berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dato’ Hamidin menyampaikan taklimat kepada para pemain skuad Harimau Malaya semalam. FOTO: FAM

Seramai 25 pemain telah melaporkan diri di kem skuad kebangsaan sejak kelmarin. Seorang pemain pertahanan iaitu Syahmi Safari daripada pasukan Selangor terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, Tan Cheng Hoe mengesahkan beliau tidak akan memanggil mana-mana pemain baharu bagi menggantikan tempat Syahmi dan menggunakan barisan pemain yang sedia ada.

“Saya merasakan kita sudah ada pengganti Syahmi berdasarkan senarai 25 pemain sedia ada selepas pemain Selangor tersebut digugurkan.

“Ada beberapa pemain yang ada sekarang boleh bermain di bahagian pertahanan kanan dan sayap kanan, jadi ia tidak memberikan kegusaran jika melihat kepada kemampuan pasukan ketika ini,” kata Cheng Hoe.

FOTO: FAM

Selepas perlawanan persahabatan menentang Nepal, Cheng Hoe kemudian akan memilih 23 pemain terbaik yang akan mewakili negara dalam perlawanan menentang Timor Leste.

“Kita akan kekalkan dan menggunakan senarai pemain sedia kerana selepas aksi Nepal, pasukan bakal menggugurkan dua pemain lagi untuk mendaftarkan senarai akhir 23 pemain pada aksi kelayakan,” katanya dalam Sinar Harian.

Para penyokong kini boleh membeli tiket perlawanan secara online di laman web www.tickethotline.com.my manakala pembelian di kaunter tiket di stadium nasional bukit jalil adalah pada hari perlawanan iaitu pada 7 dan 11 Jun.

Bagi memastikan kelancaran kemasukan penyokong ke stadium untuk kedua-dua perlawanan itu nanti, penggunaan Kod QR yang telah diperkenalkan FAM pada perlawanan-perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan, tahun ini akan diteruskan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN