Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan diri mereka tidak layak lagi untuk ke pusingan suku akhir bagi saingan AFC Champions League (ACL) selepas kekalahan besar dialami mereka semalam.
Menerusi kekalahan besar mereka dengan keputusan 0-5 kepada Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama semalam, kini mereka hanya perlu memfokuskan kembali dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).
⏰ FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta’zim 0️⃣-5️⃣ Urawa Red Diamonds 🇯🇵
♦️ Urawa are off to the Quarter-Finals after a dominant display in front of a delighted home crowd!
#ACL2022 | #JDTvURA pic.twitter.com/3j5WsNW75G— #ACL (@TheAFCCL) August 19, 2022
Menurut kapten JDT yang juga merupakan penjaga gol utama kelab tersebut iaitu Farizal Marlias, beliau menyatakan pasukan akan tampil dengan lebih menyakinkan pada saingan ACL akan datang.
Farizal juga menyatakan keputusan tewas besar di tangan Urawa Reds semalam bukanlah suatu pengakhiran buat JDT dalam usaha mereka untuk mencatat keputusan lebih baik selepas ini.
Menurut penjaga gol tersebut, beliau melihat faktor nasib tidak menyebelahi mereka sebagai faktor mereka tewas semalam, selain pemain lawan beraksi dengan lebih bagus untuk merobek gawang gol JDT.
“Keputusan terbabit menyaksikan nasib tidak menyebelahi kita untuk memenangi perlawanan itu dan semua pemain sudah berikan persembahan terbaik mereka dengan sedaya upaya mahu menghasilkan gol.
“JDT akan berusaha lebih keras lagi dan akan cuba memberikan saingan lebih sengit pada perlawanan akan datang,” katanya menerusi Arena Metro.
Pada aksi yang berlangsung semalam, tuan rumah iaitu Urawa Reds nyata beraksi dengan cukup bagus sepanjang perlawanan untuk memberi tekanan buat JDT di segenap sudut.
🪄 Pure magic from David Moberg Karlsson!#ACL2022 | #JDTvURA pic.twitter.com/jPBKrZQrYK
— #ACL (@TheAFCCL) August 19, 2022
Kelima gol Urawa Reds semalam terhasil menerusi trio import mereka iaitu Alexander Scholz, David Karlsson, serta Kasper Junker yang masuk selaku pemain gantian di separuh masa kedua untuk terus memberi rasa derita buat JDT.
Untuk rekod, perlawanan ini dilangsungkan secara format kalah mati dan tiada aksi timbal balik yang secara langsung terus mematikan langkah JDT di pentas ACL musim ini.
Pada masa sama, Farizal akui diri beliau sangat kagum dengan suasana di Stadium Saitama semalam menerusi sorakkan kedua penyokong sepanjang perlawanan.
🛑 Stop scrolling
🎥 Check out this beauty of a team goal capped off by David Moberg Karlsson!#ACL2022 | #JDTvURA pic.twitter.com/G14W6IQJkM
— #ACL (@TheAFCCL) August 19, 2022
“Suasana sangat mengagumkan dan terima kasih kepada penyokong JDT yang sedia maklum datang dari Johor untuk memberikan sokongan,” katanya.