Farizal Harun Kesal Dan Minta Maaf, FAS Menimbangkan Tindakan Susulan

Farizal Harun terpalit kontroversi sekali lagi. Minggu lalu beliau menampar pemain lawan. Minggu ini Farizal Harun telah mencarut kepada penyokong Selangor selepas tamat aksi di Terengganu.

Selangor tewas 0-1 dalam perlawanan tersebut. Sementara itu Terengganu memberikan senyuman kepada interim mereka – Nafuzi Zain yang menikmati kemenangan pertama dalam debut beliau.

Terengganu sebelum ini menerima perletakan jawatan Irfan Bakti. Dan buat masa ini Nafuzi Zain akan menjadi pemangku ketua jurulatih.

Sebentar tadi media FA Selangor menyatakan bahawa Farizal Harun telah memohon maaf dan kesal di atas tindakan beliau.

FAS dalam kenyataan di twitter berkata: “Berikutan insiden yang melibatkan penjaga gol utama Selangor, Farizal Harun dan penyokong pasukan Selangor di Kuala Terengganu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah menerima permohonan maaf dari Farizal yang kesal dengan perbuatannya tempoh hari

FAS juga mengesahkan bahawa mereka masih meneliti dan mempertimbangkan tindakan susulan yang akan diambil ke atas Farizal Harun.

“Buat masa ini pihak FAS sedang mempertimbangkan tindakan susulan yang wajar diambil untuk kebaikan semua pemegang taruh yang berkepentingan.”

“Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.”

FAS kemudian menyatakan komitmen mereka untuk memberikan yang terbaik kepada para pegawai, pemain-pemain dan juga para penyokong Selangor.

FAS memberikan penghargaan kepada para penyokong Selangor yang bertandang ke Terengganu bagi menyaksikan Gergasi Merah Kuning beraksi.

Semoga segalanya akan kembali jernih bagi semua pihak. Ini penting dalam memastikan Selangor kembali semula ke landasan kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN