Penjaga gol negara, yang juga kapten utama skuad kebangsaan, Mohd Farizal Marlias berbangga dengan aksi cemerlang ditampilkan rakan sepasukan, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.
Ini selepas Khairul Azhan beraksi cemerlang ketika mengisi slot utama di gawang negara dalam kejayaan Malaysia mengatasi Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Farizal Marlias diumumkan sebagai penjaga gol terbaik ABK19. Beliau sempat meluangkan masa dengan wartawan untuk berkongsi pandangan beliau ke atas pasukan kebangsaan.
Mohd Farizal, 33, digantikan dengan Khairul Azhan dalam 2 perlawanan antarabangsa kali ini termasuk ketika perlawanan pershabatan dan juga perlawanan kelayakan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Antaranya dengan melakukan ‘crucial save’ pada minit akhir perlawanan untuk memastikan 3 mata milik pasukan Malaysia.
Malaysia menang 2-1 ke atas Thailand.
Farizal Marlias tetap menunjukkan semangat kesukanan beliau apabila terus memberikan sokongan kepada rakan sepasukannya.
Farizal sebelum ini bolos sebanyak 5 kali dalam 2 aksi menentang Indonesia dan UAE.
Menurut Farizal, tidak kira sesiapa sahaja yang akan berada di gawang. Yang penting adalah keutamaan kepada misi pasukan iaitu untuk menang.
Bercakap kepada BERNAMA, Farizal berkata: “Bagi saya sesiapa pun yang diberi peluang (beraksi) mereka harus jalankan tugas sebaik mungkin.”
Farizal kemudian menyatakan setiap pemain perlu fokus kepada perlawanan menentang Indonesia selepas ini.
“Perlawanan menentang Indonesia satu perlawanan yang penting bagi kita dan jika menang, peluang (mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023) masih ada.”
“Sama ada saya, Haziq (Muhammad Haziq Nadzli atau Yan (Khairulazhan) jika diberi peluang kami harus jalankan tugas yang baik. ”
“Saya berbangga dengan prestasi Yan sekarang dan kami bertiga harus bekerja keras untuk rebut posisi penjaga gol itu,” tambah beliau lagi.