Faris Ramli Senjata Baharu Skuad Singa Utara

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) hari ini mengesahkan pemain skuad kebangsaan Singapura, Faris Ramli bakal sarung jersi skuad singa utara dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Faris yang beraksi dengan pasukan PKNS FC musim lalu dikhabarkan akan mengisi kuota pemain import Asia. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau digantikan dengan pemain dari Thailand, Kirati Keawsombut atau tidak.

https://twitter.com/perlisfootball/status/1083619810653523969

Sebelum ini, pemain yang berusia 27 tahun itu dikhabarkan berada dalam radar pasukan Perak tetapi pihak Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menafikan pemain itu akan memperkuatkan pasukan kendalian Mehmet Durakovic.

Faris yang mempunyai 47 caps dengan skuad kebangsaan Singapura sebelum ini pernah bermain untuk pasukan Home United dalam saingan Liga Singapura dengan 30 penampilan dan menjaringkan 14 gol.

Beliau yang beraksi di posisi sayap itu merupakan pemain keempat dari Singapura yang disahkan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 2019. 3 pemain yang lain ialah Harris Harun (JDT), Shakir Hamzah (Kedah) dan Safuwan Baharudin (Pahang).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN