Faris Ramli Dedahkan ‘Ruang Kecil’ Kelemahan Skuad Serba Ampuh Indonesia

Faris Ramli SIngapura AFF 2018 lawan Indonesia AFF 2020 semifinal

Salah satu yang membezakan Indonesia dan Singapura dalam separuh akhir pertama tempohari adalah pemain sayap, Faris Ramli seolah-olah dibiarkan tanpa kawalan di babak kedua yang akhirnya memakan diri mereka.

Indonesia pada edisi kali ini jelas lebih ampuh, namun gagal untuk menang ke atas Singapura yang kita boleh katakan tiada percikan kreatif dalam skuad mereka. Singapura bergantung kepada kelincahan pemain mereka.

Namun, tiada semuanya yang sempurna. Indonesia juga adalah pasukan yang mampu dirobek gawangnya.

‘Keras & Fleksibel’ – 3 Kualiti Skuad Indonesia Kendalian Shin Tae-yong Yang Perlu Diatasi Malaysia

Faris Ramli adalah pemain yang menyerlah dalam pertembungan pertama tempohari walaupun tidak meledak gol. Namun, hasil bantuannya, Ikhsan Fandi berjaya meledak jaringan penyamaan untuk mengikat Indonesia.

Menurut pemain Lion City Sailors itu, beliau tersedar akan sesuatu selepas melepaskan peluang meledak.

Ungkapnya kepada The Straits Times, “Ia [terlepas gol] memberi motivasi tambahan kepada saya untuk terus memberikan tekanan [kepada lawan]. Salah satu yang saya terfikir selepas itu adalah bagaimana saya diberikan ruang sebegitu banyak.” Seperti yang kita tahu Faris Ramli adalah pemain yang sangat lincah di padang.

Beliau memanfaatkan ruang yang mungkin ‘tidak sengaja’ diberikan lawannya itu. Singapura sebelum itu gagal untuk memecah blok pertahanan Indonesia yang jelas berdisiplin terutamanya dalam menyerap asakan tuan rumah menerusi Ikhsan Fandi yang telah menghasilkan dua gol sebelum pertembungan mereka.

“Itu yang berikan saya dan rakan sepasukan kesedaran yang kami mampu eksploitasi Indonesia yang mula penat dan membuka ruang. Kegagalan saya itu yang membantu kami meningkatkan tempo permainan dan terus menyerang,” ungkap pemain yang pernah beraksi di Liga Malaysia bersama beberapa pasukan itu lagi.

Dalam aksi separuh akhir pertama, Indonesia terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi Witan Sulaeman bermula daripada gerakan dari benteng di sebelah kanan oleh kapten, Asnawi Mangkualam.

Singapura terpaksa menanti sehingga ke minit ke-70 untuk gol penyamaan menerusi Ikhsan Fandi yang bijak memanfaatkan hantaran lolos Faris Ramli sebelum memperdayakan penjaga gol, Nadeo Argawinata.

Enam minit sebelum itulah, Faris Ramli berjaya menembusi kotak penalti Indonesia dan hanya melepaskan percubaan jauh tersasar walaupun beliau berada betul-betul di depan gawang yang dikawal Nadeo Argawinata.

DIjangkakan Faris Ramli akan menjadi pemain berbahaya dalam pertembungan kedua pada malam nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN