Faris Dan Ramirez Senjata Baharu PKNS FC

Pasukan Liga Super, PKNS FC mengumumkan kemasukan 2 pemain import baharu untuk menguatkan jentera tengah pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal ini mengikat pemain skuad kebangsaan Singapura, Muhammad Faris Ramli yang mengisi kuota import Asia Tenggara dan bintang muda Colombia yang berusia 19 tahun, Romel Morales Ramirez.

Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar mengesahkan kedua-dua pemain itu sudah menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad Semut Merah.

“Saya percaya dua pemain ini akan memberi saingan hebat dan memberi komitmen 100 peratus untuk membantu pasukan mencapai misi memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

“Walaupun kontrak mereka cuma setahun, namun pengurusan pasukan akan memantau prestasi mereka sepanjang musim bagi mebolehkan kita membuat keputusan sama ada membuat kontrak lanjutan atau tidak pada masa akan datang.

“Sekarang kita sudah ada dua pemain import dan tiga lagi akan menyusul. Ia dalam proses pengurusan pasukan mengenalpasti pemain terbaik,” katanya kepada Berita Harian.

Pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal menyifatkan dua pemain itu mempunyai kualiti yang tersendiri terutamanya pemain muda dari Colombia.

“Romel adalah pemain tengah yang memiliki strategi perancang yang baik dan perkara itu sudah saya lihat selepas beberapa minggu dia bersama pasukan.

“Malah, dia pemain muda dan mempunyai tenaga yang pasukan perlukan bagi memberi saingan kepada pasukan lain yang lebih kuat,” katanya.

Sementara itu, Faris Ramli yang mempunyai 34 caps dengan skuad kebangsaan Singapura itu mahu memberikan yang terbaik kepada pasukan PKNS FC.

Faris sebelum ini bermain untuk pasukan Home United dalam saingan Liga Singapura dengan 30 penampilan dan menjaringkan 14 gol.

Faris Ramli menjalani latihan bersama pasukan PKNS FC. FOTO: PKNS FC

Beliau yang beraksi di posisi sayap itu merupakan pemain keenam dari Singapura yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 2018. 5 pemain yang lain ialah Harris Harun (JDT), Hafiz Sujad (JDTII), Safuwan Baharudin (Pahang), Shahdan Sulaiman (Melaka United) dan Madhu Mohana (N. Sembilan).

“Saya merupakan pemain Singapura keenam yang beraksi di Liga Malaysia. Jadi sudah tentulah saya mahu membuktikan sesuatu sepanjang saya di sini.

“Saya yakin dengan usia muda, saya mampu menyesuaikan diri bersama pasukan ini dengan cepat memandangkan PKNS FC juga mempertaruhkan ramai pemain muda berbakat di Malaysia.” katanya seperti dipetik melalui laman facebook rasmi PKNS FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN