FAP Umum Dana RM5 Juta Untuk 2019, Dedahkan Tunggakan Musim 2018 Sebanyak RM11.2 Juta

Presiden FAP, Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah, dalam sidang media FAP semalam mengumumkan dana RM5 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada mereka menerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau juga menyatakan yang FAP akan mencari dana tambahan dengan mencari rakan dan penaja pasukan. Ianya sangat bergantung kepada prestasi pasukan.

Jika pasukan beraksi baik, maka akan lebih senang mencari penaja, menurutnya lagi.

Pulau Pinang menyasarkan akan berada dalam 5 teratas untuk saingan Liga Premier 2019.

Ditanya wartawan, adakah RM5 juta cukup dan berapa lama ianya akan dapat bertahan. Dr. Amar Pritpal menyatakan mereka harus berbelanja mengikut dana yang ada.

Bagi beliau RM5 juta cukup untuk pasukan Liga Premier. Tetapi FAP akan cuba mencari dana tambahan untuk menampung pasukan futsal, pasukan wanita, belia, presiden dan juga akademi Pulau Pinang.

Beliau juga turut mengesahkan yang RM5 juta khas untuk dana pasukan bagi 2019 dan tiada kaitan dengan tunggakan yang dihadapi pasukan Pulau Pinang ketika ini.

Bayaran tunggakan akan dibayar oleh kerajaan negeri dengan dana lain bukan daripada RM5 juta yang dikhaskan untuk pasukan 2019. Ditanya wartawan berapa tunggakan pasukan Pulau Pinang, beliau menjawab:

“Secara tepatnya, tunggakan Pulau Pinang adalah sebanyak RM11.2 juta.”

“FAP sedang membayar tunggakan cukai dan KWSP pemain. 2 minggu lalu, FAP membayar RM1.192 juta kepada KWSP.”

Beliau juga menyatakan yang tunggakan untuk pasukan Piala Presiden sudah diselesaikan Julai lalu.

Kini FAP dalam proses melunaskan tunggakan kepada staf mereka. Beliau juga mengesahkan yang FAP akan membayar tunggakan bayaran bil sekitar RM100,00.00.

FAP juga sedang berusaha menyelesaikan tunggakan gaji pemain pada minggu hadapan. Dan menegaskan sedang berunding dengan para pemain pasukan Liga Perdana Pulau Pinang.

Namun kami tak pasti sama ada sedang berunding untuk kontrak baharu pemain ataupun rundingan ‘mutual consent’ berkaitan gaji.

Beliau menegaskan yang kerajaan negeri akan membantu membayar tunggakan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN