FAP Umum Ahmad Yusof Jadi Jurulatih Baru Dan Tarikh Pemilihan Pemain

FA Penang semalam, mereka mengumumkan Ahmad Yusof sebagai ketua jurulatih yang baharu. Pengumuman itu dibuat oleh Presiden FAP, Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah dalam sidang media.

Ahmad Yusof akan dibantu oleh Manzoor Azwira untuk mengemudi pasukan Harimau Kumbang itu pada musim hadapan.

Ahmad Yusof pernah berbakti bersama pasukan seperti Terengganu, Sime Darby dan Hanelang FC.

Ketika bersama Sime Darby, beliau membantu pasukan tersebut menjuarai Liga FAM dan mara ke Liga Premier 2018.

Dalam sidang media yang sama, Dr. Amar Pritpal juga mengumumkan barisan kejurulatihan skuad Presiden dan skuad Belia Pulau Pinang.

Beliau berkata pemilihan jurulatih-jurulatih ini dibuat oleh satu jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh bekas-bekas pemain Pulau Pinang dan kebangsaan.

Antara yang terlibat ialah Tuan Haji Kamal Khalid, Moey Kok Hong dan beberapa nama lagi. Jadi, selepas ini kesemua pemilihan jurulatih akan dirujuk kepada jawatankuasa teknikal ini.

Dalam sidang media yang sama Pengerusi FAP mengumumkan tarikh pemilihan terbuka untuk mewakili pasukan Pulau Pinang pada 9-15 Oktober ini di Padang polo dari 8 pagi sehingga 5 petang.

Beliau berkata sasaran utama pasukan Pulau Piang adalah 5 teratas dalam Liga Premier.

Ini kerana mereka perlu membina semula pasukan dari bawah. Beliau berharap semua penyokong Pulau Pinang bersatu bersama dengan pengurusan FAP untuk menaikkan semangat pasukan Pulau Pinang.

Berkenaan dengan venue utama pasukan Pulau Pinang musim hadapan, beliau berharap dapat beraksi di Stadium Batu Kawan. Ini kerana ianya stadium yang besar.

Namun ianya masih belum diputuskan dan masih dalam perbincangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN