FAP Perlu Bijak Cari Dana Selain Daripada Kerajaan Negeri

Pulau Pinang FAP Penyokong 2020

Bergerak dengan semata-mata dana daripada kerajaan negeri sememangnya mengundang kepada risiko pasukan akan ketiadaan dana yang cukup dalam satu-satu fasa, terutamanya di penghujung tahun.

Pada 28 Februari lalu, satu pertemuan antara Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) bersama wakil beberapa kelab penyokong telah diadakan dan isu ini adalah antara perkara yang telah dibangkitkan.

Satu inisiatif yang baik oleh pihak FAP untuk bertemu para penyokong bagi meleraikan kekusutan yang telah timbul ketika ini akibat kes pembayaran gaji pemain musim lalu yang masih tertunggak.

Namun, jawapan balas pihak FAP sedikit sebanyak merungsingkan dan sukar untuk dihadam oleh wakil-wakil daripada kelab penyokong yang telah hadir untuk mendengar sendiri daripada pihak FAP.

Memetik kenyataan di laman Football Lads yang turut hadir ke perjumpaan itu, Presiden FAP, Dr. Amar Pritpal yang turut hadir ke perjumpaan tersebut menjelaskan akan ada penaja baharu namun bersyarat.

“FAP ada berjumpa beberapa syarikat, GLC, kilang-kilang untuk jadi penaja, tetapi pihak berkenaan hanya menunggu suara dari Ketua Menteri selain menginginkan imbuhan jika bersetuju menjadi penaja.”

Tiada masalah dengan permintaan daripada pihak yang mahu menaja kerana itu adalah duit mereka dan pastinya mereka juga mahukan pulangan kepada wang yang telah dilaburkan kepada pihak FAP.

Di sini, pihak FAP perlu bijak dalam proses perbincangan dengan syarikat-syarikat swasta agar Harimau Kumbang akan mendapat dana tambahan selain daripada dana daripada kerajaan negeri.

Umum mengetahui, gaji pemain musim 2019 yang tertunggak sebulan tiga hari itu berpunca daripada ketiadaan dana pada hujung tahun lalu dan ianya menjadi semakin kusut kerana pada penghujung tahun, audit kewangan akan berjalan dan dana tersebut tidak dapat disalurkan dengan lebih cepat.

Turut mencuri tumpuan adalah isu jersi musim lalu yang dikeluarkan oleh Stallion yang menurut dalam perjumpaan tersebut, pihak FAP langsung tidak mendapat apa-apa daripada hasil jualan tersebut.

Pelik tetapi itulah yang berlaku dan seharusnya pihak FAP lebih bijak menguruskan hal-hal sebegini agar Pulau Pinang akan turut mendapat hasil daripada penjualan jersi pasukan selepas ini.

Memetik kenyataan lagenda Pulau Pinang, Merzagua Abderrazzak, penyelesaian kepada masalah kewangan dalam bola sepak adalah dengan memiliki dana yang lebih besar atau membentuk sendiri pemain-pemain muda yang pastinya bergaji rendah atau isu ini akan berulang saban tahun.

KREDIT FOTO: Football Lads

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN