FAP Bakal Adakan Mesyuarat, Tentukan Nasib Ketua Jurulatih Ashley Westwood

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dijangka bakal mengadakan mesyuarat bagi menentukan nasib barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Ashley Westwood menurut laporan Sinar Harian.

Menurut presidennya iaitu Zairil Khir Johari, beliau dan barisan exco FAP akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara mengenai skuad Pulau Pinang.

Peluang samar

Situasi di pasukan Pulau Pinang semakin perit selepas skuad dari utara tanah air itu mengalami kekalahan memilukan di pusingan 3 Piala FA Malaysia ditangan Negeri Sembilan.

Dengan prestasi pasukan yang tidak menentu juga peluang untuk layak ke Piala Malaysia semakin samar, Zairil merasakan pihak FAP perlu melakukan sesuatu.

Pulau Pinang vs Melaka,Pulau Pinang player,Diogo Alexandre Alves Ferreira (5),(Right),during Super League match at Stadium Batu Kawan Pulau Pinang on,1 March 2017,Photo by Irzan Ariffin / www.asiana.my,

“Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat, mungkin dalam sehari dua lagi. Exco akan buat keputusan mengenai apa yang perlu dirombak dan apa yang perlu dilakukan.”

Menurut Zairil, pihak FAP benar-benar mengambil serius diatas kekalahan yang dialami oleh skuad Pulau Pinang sejak dari awal musim lagi.

Beliau juga menegaskan segala keputusan perlu mendapatkan persetujuan daripada semua exco FAP dan memberi jaminan sebarang khabar berita akan diberitahu kepada umum.

Dalam masa yang sama, Zairil juga memberitahu antara intipati kepada mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan mengenai status ketua jurualatih iaitu Ashley Westwood serta beberapa pemain Pulau Pinang.

Jadi, adakah kini sudah tiba masa pasukan Pulau Pinang menerima perubahan drastik? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga: Craig Shakespeare Yakin Leicester Ada Peluang Untuk Menjuarai UCL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN