Seminggu berehat dan akhirnya EPL bakal kembali.
Sepanjang minggu ini, terdapat beberapa pemain EPL yang terlibat dengan perlawanan persahabatan negara dan berjaya menunjukkan prestasi yang baik.
Untuk perlawanan tumpuan pada minggu ini, dijangka perlawanan pembukaan dan penutup minggu bakal mencuri tumpuan orang ramai.
Chelsea bakal menentang bekas juara EPL musim lepas iaitu Leicester City manakala Man Utd bakal melawat ke Anfield untuk bertemu rival mereka iaitu Liverpool.
Berikut merupakan tips FPL sempena minggu ke-8.
Penjaga gol
Sepanjang musim ini Arsenal telah berjaya mendapatkan 3 clean sheet. Clean sheet kedua mereka hadir pada minggu lepas selepas berjaya mengalahkan Chelsea 3-0.
Tugas Petr Cech (£5.5) dijangka akan menjadi lebih mudah dengan peningkatan prestasi gandingan Shkodran Mustafi dan Laurent Koscielny.
Jika Arsenal dapat mengekalkan momentum gameweek sebelum ini, dijangka Arsenal sekali lagi dapat mencatat clean sheet keempat mereka apabila menentang Swansea di Emirates pada minggu ini.
Bukan mudah untuk menewaskan Man City. Lebih sukar untuk mendapatkan clean sheet menentang pasukan kendalian Pep Guardiola ini.
Dalam pada itu, Spurs berjaya jadikan iainya realiti apabila berjaya menewaskan Man City dengan jaringan 2-0 pada gameweek lepas.
6 saves daripada Hugo Lloris serta chemistry yang kuat bersama pemain pertahanan Spurs berjaya memberikan mereka clean sheet.
Spurs bakal bertemu West Brom dan Bournemouth selepas ini dan dijangka peluang untuk mereka mendapatkan clean sheet adalah tinggi.
Pertahanan
Gandingan Jose Fonte dan Virgil Van Dijk mungkin belum pernah mendapatkan sebarang goal atau assist pada musim ini.
Walaubagaimanapun, pertahanan Southampton dilihat semakin kukuh dibawah kendalian Claude Puel akhir-akhir ini. Pasukan ini berjaya mendapatkan 3 clean sheet di dalam 3 perlawanan terakhir.
Southampton bakal bermain di halaman sendiri pada minggu ini apabila bertemu Burnley dan dijangka mereka akan mengulangi skrip yang sama.
Beraksi dengan cemerlang buat Arsenal dan Frace akhir-akhir ini jelas menunjukkan Laurent Koscielny sedang berada di dalam prestasi yang baik.
Koscielny berjaya menjadi hero buat Arsenal apabila menentang Burnley pada gameweek menerusi gol yang penuh dengan kontroversi sekaligus dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan.
Kini beliau telah berjaya menjaringkan 2 gol dan mengutip 6 mata bonus setakat 7 perlawanan musim ini.
Mendapatkan pemain pertahanan Spurs antara pilihan yang baik ketika ini.
Dalam pada itu, harus diketahui nilai pemain-pemain Spurs boleh dikatakan agak tinggi.
Kami mencadangkan untuk anda mendapatkan Kyle Walker berikutan beliau merupakan seorang offensive fullback atau Jan Vertonghen untuk pilihan harga yang lebih rendah.
Pemain Tengah
Jika diawal musim, pemain FPL sukar membuat keputusan untuk mendapatkan penyerang berikutan masing-masing menunjukkan prestasi yang baik, kini tumpuan beralih kepada pemain tengah.
Berikutan kecederaan Kevin De Bruyne ramai pemain FPL menukarkan beliau kepada Alexis Sanchez.
Malangnya, beliau gagal untuk mendapatkan sebarang goal dan assist pada gameweek lepas menentang Burnley. Walaubagaimanapun, beliau kerap membuat serangan terhadap pintu gol.
Untuk 3 perlawanan terakhir, Sanchez berjaya mendapatkan 3 gol, 1 assist dan 3 markah bonus. Antara pemain pilihan yang baik untuk dijadikan sebagai captain pada minggu ini.
Jika anda menonton perlawanan Spurs menentang Man City, pastinya anda tahu bagaimana gandingan Dele Alli dan Son Heung Min berjaya menghuruharakan pihak lawan.
Selain itu, Dele Alli turut cemerlang melalui perlawanan persahabatan negara menentang Slovenia dengan mendapatkan 1 gol.
Berdasarkan prestasi semasa, kedua-duanya beraksi dengan sangat cemerlang cumanya kami lebih berminat untuk mendapatkan Son Heung Min berikutan harganya yang lebih rendah.
Pemain yang pada awal musim sunyi tanpa sebarang sumbangan iaitu Dusan Tadic mula menunjukkan prestasi yang baik akhir-akhir ini.
Tadic berjaya mendapatkan 1 gol dan 2 assist melalui 4 perlawanan terakhir ini. Menentang Burnley pada minggu ini halaman sendiri kemungkinan bakal memberi peluang buat Dusan Tadic melebarkan rekodnya dengan lebih lagi.
Liverpool bakal bermain di halaman sendiri pada minggu ini menentang Man Utd.
Berdasarkan prestasi semasa serta sejarah perlawanan big game pada musim ini, dilihat Liverpool mempunyai peluang untuk menang setelah berjaya mengalahkan Chelsea dan Arsenal.
Coutinho dan Roberto Firmino antara yang rajin membuat serangan. Duo ini juga masing-masing berjaya mendapatkan gol buat negara mereka iaitu Brazil.
Selain itu, Roberto Firmino merupakan pemain terbaik terbaik perlawanan pada gameweek lepas selepas berjaya mendapatkan 1 gol dan 1 assist menentang Swansea.
Penyerang
Meskipun gagal untuk menjaringkan gol pada gameweek lepas, pemilihan Aguero pada minggu ini boleh dikatakan masih releven.
Setakat ini Aguero berjaya mendapatkan 5 gol di dalam 5 perlawanan musim ini serta berjaya mendapatkan 9 mata bonus.
Berikutan masalah pertahanan Leicester City yang tidak konsisten dan tersunsun, kami jangkakan Diego Costa bakal mempunyai peluang yang besar untuk menjaringkan gol.
Costa setakat ini berjaya mendapatkan 6 gol, 2 assist dan 6 markah bonus. Boleh dikatakan rekod yang sangat baik untuk seorang penyerang.
Untuk penyerang pada harga yang rendah, kami cadangkan Christian Benteke (£7.7) dan Charlie Austin (£6.3).
Sejak menyertai Crystal Palace, Benteke berjaya mendapatakn 3 gol di dalam 4 perlawanan terakhir. Chalie Austin pula nampaknya berjaya mengisi tempat Graziano Pelle dengan mendapatkan 2 gol di dalam 3 perlawanan terakhir.
Pilihan Kapten
- Sergio Aguero (Man City)
- Diego Costa (Chelsea)
- Alexis Sanchez (Arsenal)