Previu Fantasy Premier League kembali lagi minggu ini dengan minggu ini beberapa perlawanan menarik untuk disaksikan antaranya Arsenal menentang Hull City, Liverpool menentang Tottenham Hotspur dan juga Middlesbrough menentang Everton.
Jom baca previu minggu ini!
Penjaga gol
Lee Grant (Stoke City) mempunyai rekod yang baik di laman sendiri dari 6 penampilan terakhir beliau di laman sendiri.
Beliau mencatatkan banyak saves, mata bonus dan juga clean sheet dalam 6 penampilan tersebut.
Minggu ini, Grant dan Stoke City akan menerima kunjungan Crystal Palace yang hanya menjaringkan 2 gol dari 4 perlawanan terakhir mereka.
Mereka masih lagi dalam mimpi buruk selepas tewas 4-0 ditangan Sunderland di laman sendiri, jadi scout kami tak rasakan mereka boleh menyerap asakan dari Stoke City.
Kami juga mencadangkan anda memilih Eldin Jakupovic (Hull City) dan juga Ben Foster (West Bromwich Albion) sebagai pilihan alternatif.
Pertahanan
Antonio Valencia (Manchester United) menjadi pilihan kami dibahagian pertahanan minggu ini.
Beliau telah menyumbang 2 mata bonus, 1 bantuan gol dan juga clean sheet ketika menentang Leicester City.
Dengan menetang Watford yang hanya berjaya menjaringkan 2 gol dari 5 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan, menjadikan beliau mempunyai peluang besar untuk mengutip mata yang banyak minggu ini.
Alfie Mawson (Swansea City) juga boleh dijadikan sandaran jika anda tidak punya bajet yang besar.
Beliau telah menjaringkan 2 gol dari 5 penampilan beliau di bawah Paul Clement dan prestasi itu boleh diteruskan minggu ini ketika menentang Leicester City.
Selain itu, kami mencadangkan Marcos Alonso (Chelsea).
Pemain tengah
Di bahagian tengah, kami gemar untuk meletakkan Gylfi Sigurdsson (Swansea City) sebagai pilhan kami berdasarkan prestasi semasa kami.
Beliau kini sudah menjaringkan 3 gol dan 1 bantuan gol dalam 3 perlawanan terakhir beliau.
Raheem Sterling (Manchester City) juga berada dalam prestasi terbaik ketika ini.
Konsisten adalah kunci, dan kita boleh lihat pada diri Sterling ketika ini. Ketika ini beliau sudah menjaringkan 1 gol dan mencipta 8 bantuan gol dalam 9 perlawanan terakhir beliau.
Selain itu, kami juga mencadangkan Alexis Sanchez (Arsenal) dan juga Michal Antonio (West Ham United).
Penyerang
Gabriel Jesus (Manchester City) kini menjadi buruan hangat. Permulaan baik beliau ketika ini memberikan keyakinan kepada kami yang beliau akan jaring gol lagi menentang Bournemouth di tempat lawan.
Jermaine Defoe (Sunderland) juga pilihan yang baik. Beliau yang menjaringkan 2 gol pada minggu lalu mempunyai peluang cerah untuk menambah jaringan beliau pada minggu ini.
Selain itu, kami juga mencadangkan Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) dan juga Fernando Llorente (Swansea City).
Pilihan kapten
- Gylfi Sigurdsson (Swansea City)
- Raheem Sterling (Manchester City)
- Gabriel Jesus (Manchester City)
Baca juga: DFB Arahakan South Stand (The Yellow Wall) Borrusia Dortmund Ditutup!