Premier League kembali sekali lagi untuk minggu ke 11 dengan beberapa perlawanan menarik pasti akan menarik perhatian anda!
Terdapat beberapa perlawanan menarik yang berlangsung minggu ini seperti Manchester City menentang Middlesbrough dan Chelsea menentang Everton.
Dan perlawanan tumpuan minggu ini pastilah perlawanan North London Derby antara Arsenal dan Tottenham Hotspur pada hari Ahad.
Jadi ini adalah previu untuk Fantasy Premier League minggu ini!
Penjaga gol
Hasil daripada aksi cemerlang beliau di pintu gol pada minggu lalu menentang Manchester United, Tom Heaton dari pasukan Burnley adalah pilihan utama untuk menjadi penjaga gol.
Heaton sudah melakukan 57 saves setakat musim ini di liga. Heaton berpeluang untuk meneruskan rekod cemerlangnya musim ini apabila Burnley menerima kunjungan Crystal Palace.
Pertahanan
Cara pemain pertahana untuk mendapatkan masa di dalam Fantasy Premier League adalah menerusi bilangan hadangan (block), pintasan (interception), terjahan (tackle) dan clearance.
Oleh dengan itu, scout kami sering mencadangkan kepada kami beberapa nama dari pasukan-pasukan yang dijangka akan lebih banyak bertahan berbanding menyerang terutamanya ketika menentang pasukan-pasukan utama.
Jika minggu lalu kami mencadangkan Micheal Keane dari Burnley dan Winston Reid dari West Ham United. Minggu ini Jose Holebas dari Watford menjadi pilihan.
Beliau menjadi pertahan yang cukup aktif ketika menyerang. Holebas mencipta 9 peluang untuk rakan sepasukan dan mempunyai 13 percubaan ke arah gol.
Ketika bertahan juga, Holebas sudah mencatatkan rekod yang baik. Beliau mencatatkan 74 CBI (clearances, blocks, interceptions) selain daripada 14 terjahan.
Pilihan kami yang lain ada Goerge Friend dari Middlesbrough. Beliau sudah melakukan 80 CBI musim ini serta 25 terjahan.
Pemain tengah
Di bahagian tengah. Pemain yang kami cari adalah pemain yang boleh menghasilkan gol, bantuan gol (assist), percubaan tepat ke pintu gol dan jumlah peluang yang dicipta.
Untuk minggu ini kami sekali lagi memilih Phillipe Coutinho dari Liverpool. Prestasi cemerlang beliau ketika ini sudah menghasilkan 16 percubaan ke arah pintu gol dengan 7 adalah percubaan tepat.
Coutinho juga sudah mencipta 13 peluang untuk rakan-rakannya ketika menentang Watford tempoh hari.
Pilihan lain yang adalah Dimitri Payet dari West Ham United.
Beliau merupakan pemain paling banyak mencipta peluang menjaringkan gol. Payet setakat ini sudah mencipta 33 peluang menjaringkan gol – paling tinggi di Premier League.
Penyerang
Aksi cemerlang ketika menentang West Bromwich Albion membuatkan kami yakin Sergio Aguero adalah pilihan tepat untuk mengetuai barisan serangan anda.
Barisan pertahanan Middlesbrough pasti akan berkerja keras kerana mereka pasti akan diuji hebat oleh Aguero yang mencipta 17 percubaan ke pintu gol dengan 8 adalah percubaan tepat.
Pilihan lain adalah Diego Costa dari pasukan Chelsea. 16 percubaan tepat daripada 31 percubaan ke pintu gol membuktikan beliau adalah seorang penyerang yang cukup tajam di depan pintu gol.
Costa juga bersifat all-rounder apabila mencipta 12 peluang gol dengan 2 daripadanya diakhiri dengan assist.
Selain itu juga, Costa juga sering membantu pertahanan Chelsea. Jumlah CBI beliau adalah 17 dan 12 terjahan direkodkan atas nama beliau, satu bertahan yang baik untuk seorang penyerang.
Pilihan kapten:
- Tom Heaton (Burnley)
- Phillipe Coutinho (Liverpool)
- Sergio Aguero (Manchester City)
Baca juga: Sejarah Dan Perkembangan Kontrak Pemain Dalam Bola Sepak