Fantasy Football SCL2019: Pemain Pilihan Untuk Pasukan Anda Bagi Minggu Keempat

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Saingan minggu keempat Selangor Champions League 2019 (SCL2019) akan berlangsung bermula jam 4.00 petang esok dengan aksi pertama menyaksikan pertembungan Bangi Jang’s Trooper menentang Gombak RRM FC Unlimited.

 

Selepas mengharungi tiga perlawanan, MPKj FC dan Kuala Selangor Batu Dua FC kini sedang mendahului kumpulan masing-masing.

MPKj FC mencatatkan sembilan mata manakala Kuala Selangor Batu Dua FC dengan tujuh mata. Lebih menarik untuk diperkatakan adalah kedua-dua pasukan juga masih belum lagi dibolosi ketika ini.

 

Di samping itu, pemilihan pemain untuk berada dalam pasukan Fantasy Football SCL2019 juga semakin merunsingkan 1299 pengurus yang menyertai pertandingan tersebut,

Berikut adalah lima pemain yang boleh dipertimbangkan untuk berada dalam pasukan anda:

1) Terrence Marieselvam (Kuala Selangor Batu Dua FC) – 7.0

Terrence yang beraksi selaku pemain tengah merupakan antara sandaran buat Kuala Selangor Batu Dua FC untuk menjaringkan gol apabila sudah meledak tiga jaringan.

Beliau juga sudah dua kali dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan iaitu pada pertemuan menentang Gombak RRM FC Unlimited dan SA PIB FC.

2) Muhammad Nurzaidi Bunari (MPKj FC) – 7.0 

Pemain sayap pasukan pendahulu kumpulan A ini nyata memainkan peranan yang cukup penting terutamanya pada perlawanan minggu lalu ketika menentang Subang Protap II FC.

Pada perlawanan yang berkesudahan kemenangan 3-0 memihak MPKj FC itu, Nurzaidi bukan sahaja berjaya menjaringkan dua jaringan malahan kelincahannya telah mengkucar-kacirkan jentera pertahanan pasukan lawan.

3) Muhammad Zailan Ikhmar (Bangi Jang’s Trooper) – 4.5

Zailan Ikhmar mempamerkan ketangkasannya pada perlawanan menentang Cyberjaya Teleflow FC apabila menafikan beberapa percubaan menarik yang dijelmakan lawan tersebut.

Kecemerlangan tersebut berjaya mengikat Cyberjaya Teleflow FC walaupun lawan tersebut mempunyai banyak deretan peluang terhidang. Zailan juga kemudiannya turut terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

4) Ahmad Hafiz Abdul Aziz (MBSA FC) – 9.0

Penyerang MBSA FC ini meledakkan jaringan kemenangan pada masa kecederaan bagi menewaskan Bukit Kapar FC dengan keputusan 3-2. Ahmad Hafiz turut menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut sekaligus mengumpul tiga jaringan setakat ini.

Dengan penyudah baik dimiliki, tidak mustahil Ahmad Hafiz mampu untuk terus meledak ketika bertemu Belia Selangor pada jam 5.30 petang esok.

5) Kwofie Hans (Puchong Fuerza Gamestop FC) – 10.0

Penyerang import dari Ghana ini mencuri tumpuan selepas dua jaringannya membantu Puchong Fuerza Gamestop FC menundukkan pasukan yang menampilkan barisan nama besar dalam kancah bola sepak tanah air iaitu Kingstown Klang FC.

Berbekalkan kelincahan dan ketenangan menyudahkan peluang, kelibat Kwofie Hans pasti akan membuatkan pertahanan lawan yang akan ditentang minggu ini, Kuala Selangor Batu Dua FC bekerja keras.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN