Fantasy Football SCL2018: Pemain Pilihan Untuk Membarisi Pasukan Anda Bagi Minggu 6

SCL

Saingan Selangor Champios League 2018 (SCL2018) sudah memasuki memasuki minggu ke-6 dengan persaingan semakin menarik apabila Klang Southern FC dan NPNG FC Damansara Damai berada di puncak kumpulan masing-masing, hanya berkelebihan satu mata di belakang pencabar di tempat kedua.

Persaingan pengurus Fantasy Football SCL2018 juga tidak kurang hebatnya setelah 967 pasukan kini sedang bersaing merebut hadiah mingguan berupa wang tunai RM500.00 berserta barangan eksklusif dari Kaki Jersi.

Berikut dinyatakan 5 pemain yang menjadi pilihan untuk menjadi sebahagian daripada pemain buat pasukan fantasy anda pada minggu ini:

1) Phillip Abbah Eugine (Kajang AZS) – 9.00

Penyerang tinggi lampai dari Nigeria ini mempunyai kualiti penyudah berbisa selepas beliau berjaya menghasilkan dua jaringan bagi membantu Kajang AZS FC menewaskan CABJ pada dua minggu lalu.

Ketenangan serta kawalan bola yang kemas dimiliki Phillip Abbah juga pasti akan memberikan ancaman buat pertahanan Klang Valley United pada Sabtu ini.

2) Hakim Zainal (Puchong Fuerza) – 7.00

Hakim mencuri tumpuan pada perlawanan minggu keempat selepas beliau bertindak cemerlang mengemudi jentera tengah ketika mencatatkan kemenangan 3-0 menentang Banting Naga FC.

Seorang pemain tengah yang kreatif serta bijak menggunakan kepantasan lariannya untuk menghukum pertahanan pemain lawan seperti yang dilakukannya pada dua minggu lalu.

3) Sivachandran Gunasekaran (NPNG FC Damansara Damai) – 6.00

Selain daripada Lukhman Noor Hakim yang sudah tidak perlu diperkatakan mengenai kehebatannya dalam kancah SCL2018, nama Sivachandran juga tidak boleh dilupakan.

Pemain tengah berusia 28 tahun ini berupaya menghasilkan satu jaringan dan satu bantuan gol pada pertembungan menentang Subang City FC yang menyaksikan pasukannya menang 5-0.

Ketika kelibat Lukhman pasti akan dirantai pemain CABJ pada Sabtu ini, Sivachandran mempunyai banyak ruang untuk menghasilkan sesuatu yang positif dalam usaha pasukan pilihan itu meraih kemenangan keempat.

4) Suhaili Rahman (KRU Port Klang FC) – 8.5

Pemain sayap kiri ini merupakan antara watak penting buat KRU Port Klang FC dalam saingan SCL2018.

Setelah mengharungi empat perlawanan, beliau telah menghasilkan dua gol serta dua bantuan jaringan.

Beliau turut muncul penjaring gol kemenangan pada aksi minggu lalu setelah jaringan tunggalnya memberikan kemenangan 1-0 keatas Gombak Hypernova FT.

5) Uche George (Klang Southern FC) – 6.00

Pertahanan yang mempunyai fizikal yang tegap ini pasti akan membantu rakan sepasukan di atas ketika situasi bola mati terutamanya sepakan penjuru.

Dengan fizikal yang lebih besar dan tinggi berbanding pemain lain, Uche George berpeluang cerah untuk mencipta jaringan buat Klang Southern FC.

Di samping itu, beliau juga turut merupakan seorang pemain yang begitu kental menyerap asakan yang dilancarkan pemain serangan pasukan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN