Fantasy Football SCL2018: 5 Pemain Yang Perlu Berada Dalam Pasukan Anda Untuk Minggu 7

Fantasy Football

Aksi minggu ke-7 Selangor Champions League 2018 akan berlangsung petang ini dengan MPKJ The Lions membuka tirai aksi menentang Paya Jaras Hiliran.

KRU Port Klang FC pula berdepan tugas getir untuk bertemu Duta ZXIV dan Cheras Raptors FC akan menanti cabaran dari Subang City FC untuk aksi hari ini.

Manakala esok pula, aksi menarik menemukan Axis-O2 PJ FC menentang Puchong Fuerza, Banting Naga FC bakal berdepan ABMK, Kajang AZS akan menghadapi NPNG FC Damansara Damai serta CABJ bertemu Gombak Hypernova FT.

Dalam pada itu, saingan merebut hadiah wang tunai RM500.00 untuk pemenang mingguan bagi Fantasy Football Selangor Champions League juga pasti menjadi tumpuan ramai.

Berikut adalah 5 pemain yang boleh dijadikan pertimbangan untuk dimasukkan ke dalam pasukan anda pada minggu ke-7 ini

1) Addurazzag Alkanouni (Kajang AZS FC) – 9.00

Pemain kelahiran Libya ini berjaya menghasilkan jaringan ketika perlawanan menentang Klang Valley United pada minggu lalu.

Di samping itu, pemain yang lebih mesra dengan panggilan Mido ini mempunyai kualiti kawalan bola yang menarik yang mampu memberikan kesukaran buat pemain pasukan lawan.

Walaupun akan bertemu NPNG Damansara Damai pada perlawanan hari ini, Mido mampu untuk mendatangkan masalah buat pertahanan pasukan pilihan juara itu.

2) Adli Zulgafli (AXIS-O2 PJ FC) – 8.00

Sama seperti Mido, Adli yang beraksi di jentera tengah turut berjaya menghasilkan dua jaringan pada pertembungan menentang Banting Naga FC yang menyaksikan Axis-O2 PJ FC menang 5-0 pada perlawanan tersebut.

Selepas aksi kurang bermaya pada dua perlawanan awal, Adli dan Axis-O2 semakin menunjukkan perkembangan positif dengan tiga kemenangan berturut-turut dicatatkan.

3) Lukhman Noor Hakim (NPNG FC Damansara Damai) – 10.00

Harus diingatkan bahawa pemain tengah NPNG FC ini perlu ada dalam pasukan anda selepas perlawanan demi perlawanan menyaksikan beliau semakin mempamerkan aksi memukau mengemudi jentera tengah pasukan.

Kreativiti serta visi pada aksi beliau membuatkan anda akan kagum melihatkan keupayaan yang dimiliki Lukhman.

Selepas mengharungi enam perlawanan, Lukhman kini telah mencatatkan 51 mata Fantasy Football SCL2018 untuk beliau berada di tangga kedua hanya dua mata dibelakang pemain import Axis-O2 PJ FC, Desmond Amadi.

4) Shafeez Ibrahim (Axis-O2 PJ FC) – 6.00

Kehadiran pemain sayap lincah ini ke dalam pasukan Axis-O2 ternyata menambah rencah dalam pasukan tersebut.

Larian deras yang dimiliki pemain yang lebih dikenali dengan nama ‘Sid’ ini bakal membuatkan pemain pertahanan lawan berada dalam keadaan tertekan.

Keupayaan Desmond Amadi Apaoma yang mampu melakukan hantaran serta lorongan menarik memberikan tugas lebih mudah buat Shafeez untuk meluru pantas memecah benteng lawan.

5) Haikal Mat Radzi (Puchong Fuerza FC) – 6.00

Pemain sayap Puchong Fuerza ini memainkan peranan penting ketika mereka menang 2-0 keatas Klang Southern FC tempoh hari.

Haikal mempunyai kelebihan seperti Shafeez apabila larian deras dimiliki membuatkan pemain ini kelihatan begitu berbahaya di atas padang.

Kedua-dua pemain sayap ini akan bertemu sesama sendiri apabila Axis-O2 PJ FC akan menentang Puchong Fuerza pada perlawanan hari esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN